Monday, April 13, 2009

Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran

PERJUANGAN SEBUAH BANGSA

PERJUANGAN SEBUAH BANGSA
" DULU KINI DAN SELAMANYA

Jika rakyat pada hakikatnya mahu kebenaran, maka kita perlu berikan dan carikan kebenaran dan memaklumkan. Jika kita tidak dapat kebenaran yang mutlak sekurang-kurangnya kita berusaha mencari kebenaran yang terdekat. Atau adakah semua kebenaran perlu diketahui? Atau haruskah kita memilih kebenaran yang hendak disampaikan. Adakah ini masanya untuk rakyat sendiri mengetahui segala-galanya untuk membuat keputusan yang tepat? Adakah apabila kita mampu berdepan dengan kenyataan sedemikian mengenai sejarah negara kita, maka kita akan lebih lagi berjaya mencari jalan penyelesaian yang lebih realistik bagi menjamin masa depan kita?

Penghijrahan telah mewujudkan polariti kependudukan di Tanah Melayu yang turut digalakkan oleh pemakaian dasar pecah dan perintah pihak British. Orang Cina bekerja di lombong-lombong bijih di samping kedai-kedai runcit, orang India bekerja di ladang-ladang getah manakala orang Melayu dipinggirkan di kampung-kampung dalam kedaifan. Di kalangan orang Melayu hanya golongan bangsawan dan raja-raja sahaja yang diberikan keistimewaan mendapat beberapa peruntukan seperti peluang pendidikan dan pentadbiran. Itulah yang mencorakkan ciri-ciri polariti penduduk Tanah Melayu ketika sebelum perang dunia kedua.

Sesuatu yang perlu kita fahami atau pertekankan ialah kenapa sejarah itu teramat kritikal untuk kita titik beratkan pada hari ini.

Proses memperoleh kemerdekaan banyak menampakkan kematangan orang-orang Melayu, Cina dan India kerana boleh duduk semeja dengan perwakilan British untuk menyakinkan mereka bahawa kita orang Melayu, Cina dan India boleh mencapai kesepakatan untuk berkompromi demi kemerdekaan bersama. Kompromi ini berbentuk kontrak sosial yang menyaksikan orang Melayu perlu memberi izin kerakyatan kepada sejuta orang Cina dan India yang ada ketika itu. Sebaliknya orang Cina dan India berjanji untuk bersetuju bahawa rakyat Melayu mesti diberikan keistimewaan dalam hal-hal berkaitan pendidikan, perdagangan, tanah rezab, raja-raja, agama Islam dan pentadbiran dalam dalam kerajaan. Itulah aspirasi seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari ini, akhirnya orang Melayu itu sendiri saling bercakaran antara satu dengan yang lain. Krisis dalaman terhadap diri Melayu itu sendiri. Jika kita menoleh kepada sejarah penubuhan FA' ALIF SIN, kalau bukan dikeranakan penubuhnya tidak puas hati mendapat tempat dalam FA' KAF MIM BA' RA', begitu juga dengan penubuhan FA' KAF RA'. Hakikatnya FA' ALIF SIN dan FA' KAF RA' adalah jelmaan dari kilang FA' KAF MIM BA' RA'.

Jadi akhirnya sampai bila akan sesat?? ADAKAH ANDA SEORANG PEJUANG MELAYU ISLAM? ATAU SEKADAR MENJADI PAK TURUT ?? SILA HURAIKAN PENGERTIAN YANG DIBAWAKAN OLEH LAMBANG (FA' KAF MIM BA' RA'). BUKTIKAN BAHAWA DIRI ANDA DI ATAS LANDASAN PERJUANGAN YANG ASAL.

Akhirnya diri orang Melayu itu sendiri yang musnah, ibarat 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Read more...
My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.