Friday, January 23, 2009

Perjalanan Gerakan Politik CIA

Buku ini adalah sebahagian buku yang penulis beli sempena Cairo Exhibition Book 2009. Buku ini menceritakan serta memberikan maklumat gerakan-gerakan CIA samada yang berjaya dibuat sesuai perancangan mahupun sebaliknya. Bila terbaca buku ini, penulis teringat kata-kata seorang pakar politik di Malaysia, ketika pilihanraya kecil di Permatang Pauh, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat dua orang dari agensi CIA ada di Permatang Pauh. Persoalannya, kenapa mereka berada di Permatang Pauh? Dan bila timbul persoalan begini maka sudah tentu keberadaan mereka ada diserata negara kita. Cuma yang pastinya, gerakan ini hanya akan memporak-perandakan sistem berpolitik di Malaysia dengan menyentuh soal-soal sensitiviti di negara kita.

Read more...

Thursday, January 22, 2009

Misi Bantuan Gaza

Penulis berkesempatan bersama rombongan misi bantuan Gaza dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Pada hari ini, sebenarnya penulis diberikan peluang untuk mengikuti rombongan ke Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Gaza, Palestin. Namun atas beberapa sebab, penulis tidak dapat menyertai misi bantuan tersebut sehingga ke Gaza.

Pada hari Rabu semalam, penulis pergi ke Hospital Palestin yang terletak di Heliopolis sekitar bandar Kaherah, Mesir bersama rombongan GPM. Di sini penulis sempat menziarahi beberapa pesakit yang berasal dari Gaza di bawa khas ke Kaherah, Mesir akibat serangan tentera laknat Zionis Israel. Ada di antara pesakit yang kakinya kudung akibat bom roket. Ada sebahagiannya terkena serpihan peluru. Ada di antara pesakit yang sungguh menyayat hati, kanak-kanak berumur 14 tahun yang terkena tembakan peluru yang mengandungi bahan kimia. Penulis dimaklumkan dari pihak hospital, ada di antara bahan kimia merbahaya digunakan oleh tentera laknat Zionis Israel (Fosfores adalah salahsatu dari bahan-bahan kimia yang digunakan). Bagi sesiapa yang terkena peluru/bahan kimia ini, maka aliran darah yang keluar dari tubuh badan pesakit tidak diketahui dari mana arah keluarnya darah. Bahkan bahan ini boleh membakar secara senyap di dalam tubuh badan melalui aliran darah.

Penulis sempat menziarahi pesakit yang terkena bahan kimia ini, dalam keadaan yang menyayat hati, di mana keadaan pesakit ; kedua belah kaki dalam keadaan kudung, jari terputus akibat serpihan roket jet, dalam masa yang sama pesakit tersebut sentiasa berpeluh. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang doktor (rombongan GPM), pesakit ini berpeluh di akibatkan kuman dan bahan kimia yang merebak di dalam badan pesakit.

Majoriti yang terlantar di hospital tersebut adalah dari kalangan orang awam. Mereka bukanlah dari golongan tentera yang memiliki senjata untuk membalas serangan tentera laknat zionis yahudi. Ada cerita yang dapat dikongsikan bersama, iaitu kekejaman tentera laknat zionis ; dengan menembak mati salah seorang budak perempuan (lebih kurang 16 tahun) yang dibiarkan mati di tengah-tengah jalan. Kemudian abang kepada budak perempuan tersebut tidak mampu menahan simpati melihat adiknya yang terlentang mati, maka si abang dengan sedaya upaya mengangkat jenazah adiknya tetapi sniper laknat zionis menembak si abang dari jauh. Dalam jangka lima hari jenazah tersebut terlantar sehingga anjing-anjing memakan jenazah tersebut, maka si sepupu pun tidak dapat menahan simpati lantas mengikuti jejak langkah si abang untuk mengangkat jenazah dengan harapan dapat mengalihkan ke tempat lain untuk dikuburkan, namun sniper laknat zionis tetap melakukan perkara yang sama.

Inilah kekejaman laknat zionis. Betapa sengsaranya mereka jika pembaca diberikan peluang untuk melihat bencana yang menimpa mereka. Kita amat bersyukur dengan nikmat keamanan serta kedamaian di Malaysia. Janganlah kita kufur nikmat. Bayangkanlah jika kita sendiri yang alami bencana tersebut. Tolonglah doakan saudara seiman seakidah kita di bumi Palestin. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah dengan memboikot barangan-barangan tali barut laknat zionis yahudi.

Read more...

Wednesday, January 14, 2009

RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN

RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAEL DAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN

ENGLISH VERSION

RESOLUTION 2/2009. BPN VIEWS ON PALESTIN AND ZIONIST ISSUE.
RESOLUTION ON ISSUE PALESTIN BEING ATTACKED BY ZIONIST ISRAELI AND BPN PROPOSAL AND ACTION.

1. WE MEMBERS OF BPN HEREBY STRONGLY CONDEMNING THE ENCROACHMENT INTO PALESTIN BY THE ISRAELI AND ALSO CONDEMNING THE MERCILESS MASSARED DONE TO THE UNFORTUNATE CIVILIAN.

2. WE ALSO URGE ALL MALAYSIAN TO STAND UNITED AND LAUNCH A BOYCOT CAMPAIGN TO WEAKEN ALL COMPANIES THAT RELATED TO ISRAEL@ZIONIST AND HOPE THIS COULD BE DONE SERIOUSLY.

3. BPN ALSO URGE THE GOVERMENT OF EGYPT TO OPEN THEIR BORDEN WITH PALESTIN SO THAT HUMANITARIAN AIDS CAN BE CHANNELED IN IMMEDIATELY AND AT THE SAME TIME ALLOWING THE PALESTINIAN TO SEEK REFUGE AND SHEALTER IN EGYPT.

4. THIS BOYCOTT/PROTES CAMPAIGN WILL STANDS UNTIL THEISRAEL@ZIONIST ABIDES ALL RESOLITIONS ISSUED BY UNITED NATION AND UNTIL PEACE IN PALESTIN WERE RESTORED.

5. BPN URGES THE GOVERMENT OF MALAYSIA TO CALL OUT FOR AN IMMEDIATE OIC CONFERENCE TO STATION MUSLIM COUNTRIES SOLDIERS ALONG THE BORDER OF PALESTIN TO BOOST UP THE MORALE OF THE PALESTINIAN’S MUJAHIDIN FIGHTERS.

6. THE OIC HAS GOT TO URGE THE ARABIC NATION TO PLAY THEIR PARTS AND RESPONSIBILITY IN HELPING AND PROVIDING WHAT EVER SUPPORT NEEDED BY THE PALESTINIAN.

7. BPN URGE ALL LEADERS FROM OPPOSITION REPRESENTING PAKATAN RAKYAT TO SHOW THEIR PROTEST AND TO PERFORM THEIR SOCIAL RESPONSIBILITIES BY PARTICIPATING WITH GOVERMENT’S LEADERS TO BURN ISRAELI AND UNITED STATE’S FLAG AS A MESSAGE FOR MALAYSIA’S STRONG DISSENT.

8. BPN URGE OPEC COUNTRIES TO CALL FOR AN URGENT MEETING AND TO COME-UP WITH THEIR COLLECTIVE IDEAS IN RESOLVING THE ISRAEL AND PALESTIN CRISIS.

9. ALL MALAYSIAN REGARDLESS RACE AND RELIGION ARE URGE TO CONTRIBUTE SOME MONEY AND EFFORT TO HELP THE PALESTINIAN ALSO FOR THE MUSLIM IF THEY HAVE GOT FREE TIME DO RECITE A YASSIN VERSE ONCE A DAY AND PRAY FOR THE PALESTINIAN SAFETY AND HOPE FOR PEACE TO BE RESTORED SOON.

10. BPN HOPES FOR MALAYSIAN WELL BEING AND AWAY FROM THE MISFORTUNATE SITUATION WHICH BEFALLED ON TO THE PALESTINIAN WHERE THEIR DIGNITY AND INHERITED LAND, DAY-BY-DAY AND INCH-BY-INCH WERE FORCIBLY TAKEN AWAY FROM THEM BY THE DEMONIC ISRAEL@ZIONIST REGIME.

VERSI BAHASA MALAYSIA

RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN
RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAELDAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN

1. BPN DENGAN INI MENGUTUK SEKERAS KERASNYA TINDAKAN ISRAEL MENCEROBOH PALESTIN TERMASUK MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA DENGAN SEWENANG WENANGNYA.

2. KAMI JUGA MENDESAK AGAR RAKYAT MALAYSIA BERSATU DENGAN MEMBOIKOT BAGI MELEMAHKAN EKONOMI SEMUA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL@ZIONIS DAN MISI MEMBOIKOT INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA SERIUS, DAN BUKAN SEKADAR SAMBIL LEWA UNTUK PERHATIAN DUNIA SAJA.

3. BPN MENGGESA MESIR SUPAYA TERUS MEMBUKA SEMPADANNYA DENGAN PALESTIN SUPAYA BANTUAN KEMANUSIAAN DAPAT DISALURKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT PALESTIN UNTUK BERLINDUNG DI MESIR

4. PROTES MEMBOIKOT INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGAISRAEL@ZIONIS AKUR DENGAN RESOLUSI-RESOLUSI PBB DAN KEAMANAN PALESTIN DIKEMBALIKAN SEPERTI SEDIAKALA..

5. BPN MENGGESA MALAYSIA MENGADAKAN SATU SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MENGHANTAR TENTERA NEGARA ISLAM DI SEMPADAN PALESTIN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEJUANG PALESTIN.

6. PERTUBUHAN OIC PERLU MENGESA LIGA ARAB MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU DALAM APA JUA BENTUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN.

7. BPN MENGESA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka DENGAN MENYERTAI PEMIMPIN KERAJAAN MEMBAKAR BENDERA ISRAEL DAN US SEBAGAI TANDA BANTAHAN KERAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT.

8. BPN MENGGESA NEGARA-NEGARA OPEC MELAKUKAN SIDANG TERGEMPAR BAGI MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DALAM MENANGANI KRISIS ISRAEL DAN PALESTIN.

9. RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA DIGESA MENYUMBANGKAN SEBANYAK MUNGKIN WANG RINGGIT UNTUK RAKYAT PALESTIN DI SAMPING MEMBACA YASIN SEKALI SEHARI BAGI ORANG ISLAM YANG BERKESEMPATAN serta MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN AKAN
KEMBALI PULIH DISANA...

10. BPN MENARUH HARAPAN AGAR NEGARA KITA JUGA AKAN SELAMAT DARI DITIMPA NASIB YANG MALANG SEPERTI MEREKA YANG SUDAH SEMAKIN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANAH PUSAKA WARISAN KELUARGA SAMADA DENGAN RELA ATAU PAKSA.

Read more...

Sunday, January 11, 2009

ISLAM sebagai agama rasmi

Bercakap mengenai Perlembagaan Malaysia, perkara pertama berkaitan dengan kenegaraan. Perkara ke dua berkaitan jumlah negeri-negeri yang berada di Malaysia iaitu terdiri dari 14 buah negeri. Dan yang ke tiga iaitu pernyataan bahawa agama rasmi Malaysia adalah agama ISLAM.

Jadi penulis menyentuh berkenaan perlembagaan yang ke tiga, iaitu berkaitan agama rasmi negara Malaysia adalah agama ISLAM. Jadi bila menyentuh agama, penganut selain yang beragama ISLAM secara tidak langsung menghormati negara berperlembagaan, kerana perlembagaan yang ke tiga tadi. Dan agama-agama selain ISLAM boleh mengamalkan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Di sini perlu difahami bahawa, maksud daripada mengamalkan bukan bererti menyebarkan atau mendesak kumpulan atau individu tertentu berkaitan pengamalan dalam beragama. Contohnya isu pembinaan patung matszu di Kudat, Sabah sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perlembagaan yang ke tiga. Atas dasar perlembagaan yang ke tiga inilah, pihak mahkamah mengeluarkan arahan agar pembinaan patung tersebut dibatalkan. Bahkan pembinaan patung di Batu Caves pun sebenarnya telah melanggar perlembagaan yang ke tiga, apatah lagi dengan membuat kecaman terhadap penganut agama ISLAM.

Orang-orang yang mengecam terhadap agama Islam sebenarnya tidak faham dengan perlembagaan Malaysia. Bagaimana ingin mentadbir sesebuah negara atau negeri sedangkan pentadbir tersebut tidak faham perlembagaan di Malaysia. Menurut satu sumber yang boleh diketengahkan di sini, undang-undang berperlembagaan yang berada di negara kita Malaysia yang tercinta cukup cantik dan kemas. Cuma yang tidak faham tentang undang-undang sahaja yang memburukkan undang-undang berperlembagaan di Malaysia.

Penulis mendapat satu sumber berita bahawa pembinaan patung matszu yang telah pun dibatalkan dan dimusnahkan atas sebab arahan mahkamah bahkan desakan dari NGO-NGO ISLAM mahupun parti politik di Sabah, akan menuntut semula untuk pembinaannya kali ke dua di tempat yang sama terletak di daerah Kudat, Sabah. Bagi rakyat yang beragama ISLAM di negeri Sabah khasnya, diharapkan agar tetap memperjuangkan kedaulatan ISLAM supaya tidak tercemar dengan anasir-anasir yang dapat menggugat ketenteraman beragama. Ini adalah satu propaganda yang tidak sihat, setelah pihak tersebut gagal membina patung yang berunsurkan akidah dengan melihat kejayaan gereja terbesar di Asia Tenggara sedang dalam pembinaan.

Atas dasar kekuatan politiklah, Sabah tetap terbela dari anasir-anasir yang tidak diinginkan. Jika ingin dibuat perbandingan, semasa pemerintahan PBS (ketika menjadi pembangkang), banyak gereja-gereja di pantai pedalaman dibina, setiap satu kilometer terdapat gereja. Bahkan gereja yang terbesar di daerah Tawau tersergam begitu indah apatah lagi dengan cahaya lampu cross terang bercahaya apabila dipandang dari seberang laut. Apatah lagi jika dibinanya patung matszu yang di dalam perancangan mereka merupakan patung yang terbesar di Asia Tenggara. Akhirnya, apa yang ingin dibanggakan dengan negara Malaysia yang segala-galanya adalah yang terbesar, jika yang terbesar itu adalah yang tidak dapat kita banggakan sebagai panutan MUSLIM yang sejati.

Dan perlu diketahui bahawa agama ISLAM dari dahulu, kini dan selamanya tetap terbela atas jagaan ALLAH SWT. Cuma penganut Islam itu sendiri yang perlu menjaga, membela dan memperjuangkan kesucian ISLAM.

al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaihi.

Saturday, January 10, 2009

Boikot barangan tali barut Israel

Meskipun selama ini kita telah menggunakan senarai barang sepertimana barang yang berjenamakan logo di atas sebagai barang keperluan harian, maka sudah tiba masanya bagi kita umat Islam untuk tidak lagi menggunakan barang-barang yang berkiblatkan kepada pembangunan negara Israel serta menguatkan ekonomi kaum yahudi. Hakikatnya kita berada di mana alam dan ruang membuka begitu luas kepada banyak pelbagai pilihan kehidupan, khasnya dari segi barangan. Cuma atas rasa naluri hati insani sahaja yang mampu mengubah cara hidup. Bahkan banyak lagi inisiatif barangan buatan muslim yang berada di pasaran. Begitu juga dengan barangan elektronik, banyak lagi pilihan dari negara-negara seperti Korea dan Jepun (meskipun mereka kafir). Bagi penulis sendiri sebenarnya amat hobi dengan makanan yang bernama Meggi, namun atas dasar perikemanusiaan serta penganut agama Islam, penulis mampu ketepikan dengan memilih makanan yang lain.

Gambar di atas adalah hasil inovasi brokenthecode.blogspot.com

Read more...

Thursday, January 8, 2009

Aduan blog hina NABI

Alhamdulillah 'suara-suara kecil' Bloggers Pembela Negara berkaitan blog hina Nabi mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan. Ini merupakan sebahagian usaha yang murni demi membela agama Islam tidak dicemari. Apabila manusia semakin jauh dari hidayah serta hati yang sentiasa diselubungi syaithan, walau apa cara sekalipun manusia tersebut sentiasa mencari jalan agar agama fitrah Islam ini diburukkan. Namun, 'Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam' - mafhum al-Quran. Adalah salah satu jaminan ALLAH kepada umat Islam.

Lagi Aduan Blog Hina Nabi Diterima Jakim

KUALA LUMPUR, - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan menerima beberapa lagi aduan mengenai kewujudan laman blog yang menghina Islam dan Al-Quran. Seorang pegawai Bahagian Perhubungan Awam JAKIM ketika dihubungi berkata aduan orang ramai mengenai laman blog tersebut diterima sejak beberapa hari lepas melalui laman portal JAKIM. Bahagian Aduan JAKIM telah menghantar aduan tersebut ke Bahagian Penyelidikan untuk disiasat bagi memastikan sama ada blog yang menggunakan nama seorang wanita Melayu itu adalah benar-benar milik wanita berkenaan atau laman blog tersebut dibina oleh pihak lain dengan menggunakan nama wanita tersebut, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan. Bagaimanapun JAKIM enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pemilik laman blog berkenaan. Semalam, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Permai Hafiz Malek mendedahkan mengenai blog yang menghina Islam dan mengelirukan umat Islam itu telah wujud sejak minggu lalu. Blog tersebut dikatakan cuba memecahbelah dan memesong pendirian umat Islam melalui internet, katanya. Beliau berkata sehingga malam tadi seramai 1,700 orang telah melawat laman blog itu.-

Sumber BERNAMA

Read more...
My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.