Monday, December 29, 2008

`Hayya bil jihad`




Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharram bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Saidina Muhammad Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.

Umum mengetahui, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Dalam konteks hijrah penulis, iaitu berhijrah dengan tajdidun an-niah (memperbaharui niat) dengan 'bergerak' ke satu arah ke arah yang lain dengan membina teras diri serta menggilap potensi demi meraih prestasi. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat penulis, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Read more...

Friday, December 26, 2008

KENYATAAN MEDIA



BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM


BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..


Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..


BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.


BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..



Yang Benar,


PANGLIMA PERANG CYBER

http://penembak-tepat.blogspot.com


Yang Dipertua,

Blogger Pembela Negara ( BPN )

Read more...

Thursday, December 25, 2008

PKR..DAP.. Help me.. PAS said..

Isu HUDUD PAS adalah politik

Hukum hudud yang dilaung-laungkan oleh PAS untuk dilaksanakan bukanlah semudah sebagaimana yang dibayangkan, ianya memerlukan beberapa kajian yang menyeluruh.

Ibarat bercakap soal pendidikan, maka kajian yang perlu dilakukan adalah seperti pembinaan sekolah, cari tenaga pengajar, pegawai yang mengurus dibahagian pentadbiran kemudian sekolah jenis macam mana dan sebagainya.

Semua orang maklum bahawa hukum HUDUD adalah Hukum Allah Jalla Jalalahu. Cuma apabila hukum Allah dipersendakan dengan mempolitikkannya demi meraih undi, maka siapa sebenarnya yang sedang mempermainkan agama Allah?

Yang keduanya, bahawa dari dulu lagi PAS sentiasa melaung-laungkan 'kata-kata keramat' hukum HUDUD bagi meraih undi rakyat ketika pilihanraya. Dan setiap dari pemimpin-pemimpin PAS sentiasa mempertahankan hukum HUDUD PAS. Cuma bila diteliti semenjak kebelakangan ini, apatah lagi ketika tertubuhnya 'Jama'ah' Pakatan Rakyat yang didominasikan oleh PKR, DAP dan PAS merupakan salahsatu dari anggota 'jama'ah' Pakatan Rakyat, namun suara untuk memperjuangkan serta melaksanakan hukum HUDUD kian pudar.

Yang ketiganya, syabas di ucapkan kepada YB KJ kerana mampu menyerang semasa berdebat dengan kalimat HUDUD. Dan sekarang di setiap lidah pimpinan tertinggi UMNO pun sedang bercakap mengenai HUDUD mengikut klasifikasi persembahan dari setiap individu.

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

DAP bantah rancangan Pelaksanaan hudud

PULAU PINANG 22 Dis. – DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. – BERNAMA.

Read more...

Monday, December 22, 2008

Husam: Lambat lagi laksana HUDUD PAS

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presiden PAS Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.

DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.


* PAKATAN RAKYAT makin goyah dengan percanggahan prinsip di antara PAS, DAP dan PKR

Read more...

Isu-isu perbincangan dalam Sidang BPN

Antara isu dibincang dalam sidang malam dua hari lepas untuk perang siber sempena pilihanraya Kuala Terengganu 17 Jan 2009 tidak lama lagi. Antaranya :
  1. Demonstrasi bantah tarian oleh PAS di Penang yang tidak dihirau DAP.
  2. Statement laksana HUDUD oleh Husam.
  3. Dap bantah PAS buat demo bantah tarian di Penang
  4. Manifesto2 semasa PRU 12 yg gagal ditunai PR
  5. Babi di Selangor dan Kedah (dan kenapa Pulau Pinang tidak pula buat ternakan BABI di sana)
  6. Larangan jual arak di Shah Alam yang tidak dikuatkuasakan.
  7. Nik Aziz sokong papan tanda tulisan cina di Penang.
  8. Team Erdogan yang digugurkan di Selangor selepas retreat PAS di Langkawi
  9. Kereta Camry yang jadi ganti kereta nasional Perdana di negeri Pakatan Rakyat.
  10. Kelewatan pengumuman calon tanda perpecahan dalaman PAS.
  11. DAP bantah kenyataan Husam nak buat Hudud jika memerintah Malaysia
  12. Pertelagahan terbuka blogger PAS Erdogan dan Ulama manifestasi perpecahan PAS.
Diharap isu-isu di atas dapat digunakan untuk kempen kita di alam siber berkenaan isu-isu tersebut. Sebarang tambahan boleh ditambah lagi di ruang komen bawah. terima kasih atas perhatian sahabat-sahabat BPN semua.

YDP Parlimen Bloggers Pembela Negara
Panglima Perang Cyber

Read more...

Isu Kempen

Penulis percaya, di antara perkara-perkara yang akan disentuh semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hanyalah berkaitan beberapa isu yang di antaranya adalah ;-

  1. Kenaikan harga minyak
  2. Keselamatan negara yang tidak terjamin
  3. Amalan rasuah yang berleluasa
  4. Penyalahgunaan kuasa
  5. Isu perkauman dan agama
  6. Isu serang imej keperibadian (fitnah berlaku)
  7. Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz
  8. Kewibawaan Barisan Alternatif Pakatan Rakyat
  9. Isu Hudud PAS

Ini hanyalah sebahagian muqaddimah daripada penulis berkaitan pilihanraya kecil KT. Selepas ini penulis akan teruskan dengan beberapa maklumat berkaitan isu hudud dan isu imej calon.

Read more...

PAS tetap laksana hudud jika perintah negara - Husam

KOTA BAHARU: PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Kita akan buat," katanya pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam di sini malam tadi.

Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff .

Husam bagaimanapun menegaskan, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Abdul Aziz pula berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

"Kerana undang-undang jenayah itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya," katanya. BERNAMA

Read more...

Saturday, December 20, 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA

Hasil resolusi ahli-ahli Parlimen Bloggers Pembela Negara pada 18 Disember 2008

1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan

2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepualauan melayu yang berpusat di Melaka....

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.


Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber

Read more...

TAJUK : BLOGGER MENGHINA AGAMA DI MALAYSIA

Hasil resolusi ahli-ahli Parlimen Bloggers Pembela Negara pada 10 Disember 2008

1.BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.


Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber

Read more...

Wednesday, December 17, 2008

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pengenalan

#Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara.
Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama.
#Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.
#Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.
#Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.


Latar Belakang Perlembagaan Malaysia

Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah dalam Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah. Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu, baik dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka.
Maka pada 9 Julai 1963,kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963.


Kedudukan Perlembagaan Malaysia

Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinggi. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah. Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undang-undang itu sebagai tidak sah. Jika Parlimen Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah, maka mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka, maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya.


Siapakah yang Tertinggi di Malaysia

Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja. Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet). Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ternyata bahawa terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan. Bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen, kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi, tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi.


Kandungan Perlembagaan

Malaysia adalah sebuah negra yang merdeka dan berdaulat.

Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas berikut:

(a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
(b) Sebagai negara raja berperlembagaan
(c) Sebagai negara demokrasi berparlimen.
(d) Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.
(e) Memperuntukkan ketinggian perlembagaan
(f) Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.
(g) Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules).



Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.
Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukkan perlu.
Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I.
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri.


Pindaan Perlembagaan - bagaimanakah perlembagaaan boleh di pinda?

Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Terdapat empat cara perlembagaan dipinda iaitu:
1- perkara yang memerlukan lebib suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

2-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan Parlimen mendapat lebih suara dua pertiga dan persetujuan Yang Dipertua Negeri.

3-perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dalam Parlimen.

4-terdapat perkara yang dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dua pertiga dalam dewan Parlimen.

Pindaan cara pertama ialah perkara yang membabitkan tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja.

Pindaan cara kedua ialah bagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak yang perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan. Antara perkara yang terlibat ialah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, perkara perundangan dan pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan juga kedudukan istimewa bumiputera. Akta Imigresen tahun 1963 pula memberi hak dan kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak.

Pindaan cara ketiga ialah pindaan yang hanya memerlukan lebih suara Parlimen. Antara pindaan itu ialah pindaan jadual-jadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan, pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Contohnya, Senarai Persekutuan dalam Perkara 74 ialah hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undang-undang masalah jenayah. Senarai Negeri pula ialah hukum syarak, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, penyu dan perikanan di sungai. Perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar, serta perancangan bandar dan desa. Dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

Pindaan cara keempat ialah bagi perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas. Ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen.


Kesimpulan

Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Maka menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya.

Read more...

Sunday, December 14, 2008

Blogger Muslim diserang al-kafir


Rakan blogger diserang ancaman penulisan non-muslim. Bagi rakan-rakan Muslim yang lain, mari bersama membantu beliau (Redzuan) menyerang melalui lakaran pena diblog beliau ;

Read more...

Saturday, December 13, 2008

Di antara blog-blog yang menghina ISLAM





Bangkitlah wahai orang-orang MUSLIMIN, redhakah kamu dengan perbuatan-perbuatan orang-orang kafir yang menghina agama ISLAM.

Read more...

Freemason




.....setelah Kongres Zionisme Internasional yang pertama di Basel, kecenderungan politik kaum Yahudi bekerja di antara dua perkara, yang pertama dilakukan secara bersembunyi ditujukan untuk membentuk dan menguasai negara-negara di seluruh dunia, dan yang ke dua untuk membentuk sebuah negara Yahudi di Bumi Palestin.

.....Golda Meir (bekas PM Israel) dengan congkaknya menyatakan, luas negara Israel adalah "sejauh yang dapat dicapai oleh militeri Israel",

Jika rancangan para banker Yahudi, atau "Freemason" itu berjaya, maka Rusia, Jerman, Jepun serta dan Amerika Syarikat, pada akhirnya akan berada di bawah kekuasaan jajahan "Freemasonary", yang sudah lama merancang untuk menakluk dunia. Sebagai Qabalis sejati Albert Pike menyatakan rancangan itu merupakan suatu karya besar Lucifer yang tidak perlu mempedulikan demi mengorbankan nyawa beratus juta ummat manusia.....

Beberapa di antara agenda tersembunyi "Freemasonary" itu, seperti Perang Dunia pertama dan ke-2. Jika rancangan itu benar, maka Perang Dunia ke-3, menurut Albert Pike akan terjadi pada awal abad ke-21, dan berawal di sebabkan masalah Israel dengan Palestin.

....."Mereka percaya adalah telah menjadi iradat Tuhan, bahawa mereka diwajibkan melakukan kekejaman terhadap 'goyyim', sebuah istilah Yahudi untuk orang-orang selain orang Yahudi".

.....baik IMF mahupun Bank Dunia, merupakan dua instrumen kekuasaan yang digunakan oleh Sarat (baca: kumpulan Zionis) untuk menghancurkan negara-negara yang berdaulat agar menjadi tidak lebih daripada sekadar teritori mereka:..

.....Negara-negara yang menerima apa yang disebut dengan nama "bantuan pinjaman" IMF, seperti Bulgari dan Roman, termasuk Indonesia, mungkin tidak mendapatkan 'carpet bombing', tetapi mereka dihancurkan hanya dengan satu lakaran pena.

.....Apa yang telah dilakukan oleh IMF di Indonesia? ....Mereka mendestabilisasikan suatu negara.....

.....para komprador IMF di Indonesia tengah dengan rancaknya menjual aset-aset publik yang selama ini berfungsi sebagai money-machine bagi Indonesia dengan harga lelong.....

Tidak salah apabila Prof. Chossudovsky memasukkan Indonesia ke dalam kategori "teritori" dari kekuatan Zionisme".

Dimaklumkan bahawa, ketika Tun Dr. Mahathir (TDM) mengadakan mesyuarat bagi mengatasi kegawatan ekonomi dunia ketika tahun 1998, seluruh pakar ekonomi Malaysia yang berada di luar negara pada ketika itu turut dipanggil pulang bagi membincangkan cara untuk mengatasi kegawatan ekonomi, termasuklah yang hadir pada ketika itu Dato seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika beliau berada di dalam UMNO. Tapi amat malang, apabila penulis mendapat tahu bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mengusulkan agar Malaysia meminjam wang daripada perbadanan wang dunia IMF. Alhamdulillah, dengan kepakaran Tun Dr. Mahathir ketika kegawatan ekonomi melanda Malaysia, beliau secara peribadi tidak setuju dengan cadangan usul dari pihak DSAI dan TDM telah menyekat tambatan RM ke atas USD serta mata wang dunia yang lain. Akhirnya, Malaysia kembali seperti sediakala serta bebas dari kuasa zionisme al-yahud jika dibandingkan dengan negara jiran yang lain.

Read more...

Thursday, December 11, 2008

Surat Terbuka Sang Tawal kepada Blogger Hina Agama kita

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku surind Raj,
Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.
Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)
Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!
Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan , gambar dan logo yang ada di blog anda itu.Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.
Kesimpulan saya,anda seorang yang agak berani,dengan menggunakan nama Surind Raj.Anda berani menyuarakan pendapat anda…anda bebas berhujah dengan akal anda.Namun anda perlu ingat..keberanian biarlah kena pada tempatnya…kebebasan media dan IT ini janganlah anda salahgunakan sehingga dengan kritikan anda itu boleh menjadi sumber perpecahan dan ketegangan kaum dan agama di negara ini.
Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .

Setelah meneliti hujah dan beberapa artikel tulisan anda,sememangnya anda banyak berhujah menggunakan akal.Disinilah titik bermulanya perbezaan pendapat antara anda dan kebanyakan rakyat negara ini yang secara keseluruhannya hidup beragama dan mengamalkan gaya atau cara hidup yang selari dengan ajaran agama masing masing.Mungkin bagi anda ianya tidak salah.Ini adalah kerana anda sudah membebaskan diri anda sendiri dengan ikatan agama atau tuhan.Kemungkinan juga sekarang ini blog anda dijadikan medan tempat anda memperbaiki diri,ilmu perbandingan agama yang anda pelajari dan sememangnya blog anda telah menjadi kelas tutorial atau forum untuk anda menjadi lebih vokal dan berani untuk bersuara ! Namun anda sedikit bernasib baik kerana anda menulis dalam bahasa inggeris,dimana orang orang tertentu saja yang boleh memahaminya.jika anda menulis dalam bahasa Malaysia saya percaya sudah ramai umat islam melayu yang akan menyerang blog anda!
Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik akal.
Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk mendangkalkan pengertian murid tentang Tuhan didalam kelasnya…dialognya begini:
Guru :Apakah kalian dapat melihatku?
Murid: Ya,dapat!
Guru:Itu tandanya saya wujud.
Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?
Murid: Ya,kami melihatnya!
Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?
Murid:Ya,kami melihatnya!
Guru:Apakah kalian melihat Allah?
Murid :Tidak!
Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!
Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar
Lalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula
Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?
Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..
Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!
Saudara surind,
Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya! Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!
Saudaraku Surind,
Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...
Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”
Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?
Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?
Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan hukum fizik atau hukum alam.Al-Quran adalah mukjizat atau keajaiban dunia yang perlu anda terokai wahai saudaraku Surind.Dengan kemudahan IT dan teknologi terkini anda bukannya susah untuk mencari Al-Quran digital dan bacalah makna atau isi Al-Quran itu moga moga anda beroleh cahaya yang terang dan kebenaran nya tidak boleh dipertikaikan lagi.Bacalah surind,Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia,bukan hak milik mutlak kami umat islam sahaja,ia adalah mukjizat.Dalam sejarah islam,hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai islam bila mendengar dan menghayati isi kandungannya yang dibacakan oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk islam.Anda kenal saidina Umar?dia adalah musuh utama nabi Muhammad,tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah pada hatinya,beliau memeluk islam dan menjadi sahabat nabi,malah menjadi khalifah islam yang kedua selepas Abu bakar untuk memperjuangkan Islam.Kamu cubalah Surind,moga moga hati anda menjadi tenang dan pintu hati anda terbuka untuk islam!Kebenaran Al-Quran adalah sepanjang zaman.Ilmu al-Quran cukup sempurna ,kerana ia adalah rujukan dan panduan hidup kami umat islam.
Setelah anda mengerti berkaitan islam,menimba ilmu dari Al-Quran,ingin sekali saya mengajak anda untuk mengenali diri dan hati kita pula wahai Surind.Tahukah kamu hati atau Qalbu atau hati nurani itu adalah rahsia dalam rahsia seorang manusia itu.Alangkah ruginya kamu jika kamu tidak mahu mengenal hati kamu sendiri wahai Surind.Islam kuat kerana iman dan iman itu terletak dihati kami semua.Ada yang nilai imannya tinggi dan ada imannya bernilai rendah malah ada orang islam yang sanggup menggadai iman demi sedikit habuan dunia.Allah menilai segala amal perbuatan kita melalui setakat mana keikhlasan dan takwa kita yang tersembunyi didalam hati kita.Alam Qalbu adalah alam tertinggi yang mengalahkan sistem teknologi terkini dan hukum akal.Percayalah Surind!
Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)
Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)
Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.
Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)
Saudaraku Surind Raj..
Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud “Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)
Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :
Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon Woman's College in Lynchburg, Virginia on October 23, 2006).
Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..
Cuba renungi lagi firman Allah ini… “Diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu dimana ia telah menjadi bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan pada waktu siang hari kamu berusaha mencari sebahagian dari Kurniaan-Nya”..(surah Ar-Ruum : 22-23)

Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!
Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.
Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )
Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan) Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah! Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )

Saudaraku surind,
Saya tidak menyalahkan anda sepenuhnya atas tulisan atau kritikan saudara.saya juga tidak menyalahkan saudara Mahaguru58 atas laporan polis yang dibuat keatas anda,mungkin dia mewakili suara umat islam secara umum,maka dia bertindak mengikut cara dia,cuma saya berjuang dengan cara saya yang tersendiri iaitu ingin mengajak semua insan mengenali islam,hidup dengan cara yang dianjurkan islam dan mengajak anda mengenal diri kita,siapa kita,dari mana kita,apa tujuan kita diciptakan dan kemana tujuan akhir hidup kita.Saya juga amat menyintai keamanan dan persaudaraan kerana itu saja kunci kebahagiaan hidup kita dalam sebuah negara majmuk berbilang agama,bangsa dan warna kulit ini.Buat apa kita bermusuhan kerana natijah permusuhan itu amat dasyat dan akan berpanjangan.Dendam kesumat akan berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang akan memusnahkan manusia , dunia dan segala isinya.Bukankah sejarah telah mengajar kita bahawa perbalahan dan permusuhan pertama manusia antara Habil dan Qabil membawa kepada pembunuhan pertama manusia,ia hanya berpunca dari sifat dengki dan dendam kerana merebut seorang wanita.Peristiwa ini juga berkisar kepada erti pengorbanan yang ikhlas dijalan Allah.
Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan rasul kami.
Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir akidah dalam perjalannya menuju Allah.

Saudaraku Surind,
Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!
Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.
Surat terbuka kedua akan menyusul nanti menyentuh tentang kritikan anda berkaitan ketuanan melayu,racist,homoseksual,terrorism,sosialis,IFC dan pluralisme dan lain-lain.!
Terima kasih kerana sudi membaca!!!
petikan dari :

Read more...
My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.