Friday, January 23, 2009

Perjalanan Gerakan Politik CIA

Buku ini adalah sebahagian buku yang penulis beli sempena Cairo Exhibition Book 2009. Buku ini menceritakan serta memberikan maklumat gerakan-gerakan CIA samada yang berjaya dibuat sesuai perancangan mahupun sebaliknya. Bila terbaca buku ini, penulis teringat kata-kata seorang pakar politik di Malaysia, ketika pilihanraya kecil di Permatang Pauh, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat dua orang dari agensi CIA ada di Permatang Pauh. Persoalannya, kenapa mereka berada di Permatang Pauh? Dan bila timbul persoalan begini maka sudah tentu keberadaan mereka ada diserata negara kita. Cuma yang pastinya, gerakan ini hanya akan memporak-perandakan sistem berpolitik di Malaysia dengan menyentuh soal-soal sensitiviti di negara kita.

Read more...

Thursday, January 22, 2009

Misi Bantuan Gaza

Penulis berkesempatan bersama rombongan misi bantuan Gaza dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Pada hari ini, sebenarnya penulis diberikan peluang untuk mengikuti rombongan ke Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Gaza, Palestin. Namun atas beberapa sebab, penulis tidak dapat menyertai misi bantuan tersebut sehingga ke Gaza.

Pada hari Rabu semalam, penulis pergi ke Hospital Palestin yang terletak di Heliopolis sekitar bandar Kaherah, Mesir bersama rombongan GPM. Di sini penulis sempat menziarahi beberapa pesakit yang berasal dari Gaza di bawa khas ke Kaherah, Mesir akibat serangan tentera laknat Zionis Israel. Ada di antara pesakit yang kakinya kudung akibat bom roket. Ada sebahagiannya terkena serpihan peluru. Ada di antara pesakit yang sungguh menyayat hati, kanak-kanak berumur 14 tahun yang terkena tembakan peluru yang mengandungi bahan kimia. Penulis dimaklumkan dari pihak hospital, ada di antara bahan kimia merbahaya digunakan oleh tentera laknat Zionis Israel (Fosfores adalah salahsatu dari bahan-bahan kimia yang digunakan). Bagi sesiapa yang terkena peluru/bahan kimia ini, maka aliran darah yang keluar dari tubuh badan pesakit tidak diketahui dari mana arah keluarnya darah. Bahkan bahan ini boleh membakar secara senyap di dalam tubuh badan melalui aliran darah.

Penulis sempat menziarahi pesakit yang terkena bahan kimia ini, dalam keadaan yang menyayat hati, di mana keadaan pesakit ; kedua belah kaki dalam keadaan kudung, jari terputus akibat serpihan roket jet, dalam masa yang sama pesakit tersebut sentiasa berpeluh. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang doktor (rombongan GPM), pesakit ini berpeluh di akibatkan kuman dan bahan kimia yang merebak di dalam badan pesakit.

Majoriti yang terlantar di hospital tersebut adalah dari kalangan orang awam. Mereka bukanlah dari golongan tentera yang memiliki senjata untuk membalas serangan tentera laknat zionis yahudi. Ada cerita yang dapat dikongsikan bersama, iaitu kekejaman tentera laknat zionis ; dengan menembak mati salah seorang budak perempuan (lebih kurang 16 tahun) yang dibiarkan mati di tengah-tengah jalan. Kemudian abang kepada budak perempuan tersebut tidak mampu menahan simpati melihat adiknya yang terlentang mati, maka si abang dengan sedaya upaya mengangkat jenazah adiknya tetapi sniper laknat zionis menembak si abang dari jauh. Dalam jangka lima hari jenazah tersebut terlantar sehingga anjing-anjing memakan jenazah tersebut, maka si sepupu pun tidak dapat menahan simpati lantas mengikuti jejak langkah si abang untuk mengangkat jenazah dengan harapan dapat mengalihkan ke tempat lain untuk dikuburkan, namun sniper laknat zionis tetap melakukan perkara yang sama.

Inilah kekejaman laknat zionis. Betapa sengsaranya mereka jika pembaca diberikan peluang untuk melihat bencana yang menimpa mereka. Kita amat bersyukur dengan nikmat keamanan serta kedamaian di Malaysia. Janganlah kita kufur nikmat. Bayangkanlah jika kita sendiri yang alami bencana tersebut. Tolonglah doakan saudara seiman seakidah kita di bumi Palestin. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah dengan memboikot barangan-barangan tali barut laknat zionis yahudi.

Read more...

Wednesday, January 14, 2009

RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN

RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAEL DAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN

ENGLISH VERSION

RESOLUTION 2/2009. BPN VIEWS ON PALESTIN AND ZIONIST ISSUE.
RESOLUTION ON ISSUE PALESTIN BEING ATTACKED BY ZIONIST ISRAELI AND BPN PROPOSAL AND ACTION.

1. WE MEMBERS OF BPN HEREBY STRONGLY CONDEMNING THE ENCROACHMENT INTO PALESTIN BY THE ISRAELI AND ALSO CONDEMNING THE MERCILESS MASSARED DONE TO THE UNFORTUNATE CIVILIAN.

2. WE ALSO URGE ALL MALAYSIAN TO STAND UNITED AND LAUNCH A BOYCOT CAMPAIGN TO WEAKEN ALL COMPANIES THAT RELATED TO ISRAEL@ZIONIST AND HOPE THIS COULD BE DONE SERIOUSLY.

3. BPN ALSO URGE THE GOVERMENT OF EGYPT TO OPEN THEIR BORDEN WITH PALESTIN SO THAT HUMANITARIAN AIDS CAN BE CHANNELED IN IMMEDIATELY AND AT THE SAME TIME ALLOWING THE PALESTINIAN TO SEEK REFUGE AND SHEALTER IN EGYPT.

4. THIS BOYCOTT/PROTES CAMPAIGN WILL STANDS UNTIL THEISRAEL@ZIONIST ABIDES ALL RESOLITIONS ISSUED BY UNITED NATION AND UNTIL PEACE IN PALESTIN WERE RESTORED.

5. BPN URGES THE GOVERMENT OF MALAYSIA TO CALL OUT FOR AN IMMEDIATE OIC CONFERENCE TO STATION MUSLIM COUNTRIES SOLDIERS ALONG THE BORDER OF PALESTIN TO BOOST UP THE MORALE OF THE PALESTINIAN’S MUJAHIDIN FIGHTERS.

6. THE OIC HAS GOT TO URGE THE ARABIC NATION TO PLAY THEIR PARTS AND RESPONSIBILITY IN HELPING AND PROVIDING WHAT EVER SUPPORT NEEDED BY THE PALESTINIAN.

7. BPN URGE ALL LEADERS FROM OPPOSITION REPRESENTING PAKATAN RAKYAT TO SHOW THEIR PROTEST AND TO PERFORM THEIR SOCIAL RESPONSIBILITIES BY PARTICIPATING WITH GOVERMENT’S LEADERS TO BURN ISRAELI AND UNITED STATE’S FLAG AS A MESSAGE FOR MALAYSIA’S STRONG DISSENT.

8. BPN URGE OPEC COUNTRIES TO CALL FOR AN URGENT MEETING AND TO COME-UP WITH THEIR COLLECTIVE IDEAS IN RESOLVING THE ISRAEL AND PALESTIN CRISIS.

9. ALL MALAYSIAN REGARDLESS RACE AND RELIGION ARE URGE TO CONTRIBUTE SOME MONEY AND EFFORT TO HELP THE PALESTINIAN ALSO FOR THE MUSLIM IF THEY HAVE GOT FREE TIME DO RECITE A YASSIN VERSE ONCE A DAY AND PRAY FOR THE PALESTINIAN SAFETY AND HOPE FOR PEACE TO BE RESTORED SOON.

10. BPN HOPES FOR MALAYSIAN WELL BEING AND AWAY FROM THE MISFORTUNATE SITUATION WHICH BEFALLED ON TO THE PALESTINIAN WHERE THEIR DIGNITY AND INHERITED LAND, DAY-BY-DAY AND INCH-BY-INCH WERE FORCIBLY TAKEN AWAY FROM THEM BY THE DEMONIC ISRAEL@ZIONIST REGIME.

VERSI BAHASA MALAYSIA

RESOLUSI 2/2009 ISU PALESTIN DAN ZIONIS SERTA PANDANGAN BPN
RESOLUSI ISU PALESTIN DISERANG ZIONIS ISRAELDAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN

1. BPN DENGAN INI MENGUTUK SEKERAS KERASNYA TINDAKAN ISRAEL MENCEROBOH PALESTIN TERMASUK MEMBUNUH ORANG AWAM YANG TIDAK BERDOSA DENGAN SEWENANG WENANGNYA.

2. KAMI JUGA MENDESAK AGAR RAKYAT MALAYSIA BERSATU DENGAN MEMBOIKOT BAGI MELEMAHKAN EKONOMI SEMUA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL@ZIONIS DAN MISI MEMBOIKOT INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA SERIUS, DAN BUKAN SEKADAR SAMBIL LEWA UNTUK PERHATIAN DUNIA SAJA.

3. BPN MENGGESA MESIR SUPAYA TERUS MEMBUKA SEMPADANNYA DENGAN PALESTIN SUPAYA BANTUAN KEMANUSIAAN DAPAT DISALURKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT PALESTIN UNTUK BERLINDUNG DI MESIR

4. PROTES MEMBOIKOT INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGAISRAEL@ZIONIS AKUR DENGAN RESOLUSI-RESOLUSI PBB DAN KEAMANAN PALESTIN DIKEMBALIKAN SEPERTI SEDIAKALA..

5. BPN MENGGESA MALAYSIA MENGADAKAN SATU SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MENGHANTAR TENTERA NEGARA ISLAM DI SEMPADAN PALESTIN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEJUANG PALESTIN.

6. PERTUBUHAN OIC PERLU MENGESA LIGA ARAB MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU DALAM APA JUA BENTUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN.

7. BPN MENGESA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka DENGAN MENYERTAI PEMIMPIN KERAJAAN MEMBAKAR BENDERA ISRAEL DAN US SEBAGAI TANDA BANTAHAN KERAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT.

8. BPN MENGGESA NEGARA-NEGARA OPEC MELAKUKAN SIDANG TERGEMPAR BAGI MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DALAM MENANGANI KRISIS ISRAEL DAN PALESTIN.

9. RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA DIGESA MENYUMBANGKAN SEBANYAK MUNGKIN WANG RINGGIT UNTUK RAKYAT PALESTIN DI SAMPING MEMBACA YASIN SEKALI SEHARI BAGI ORANG ISLAM YANG BERKESEMPATAN serta MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN AKAN
KEMBALI PULIH DISANA...

10. BPN MENARUH HARAPAN AGAR NEGARA KITA JUGA AKAN SELAMAT DARI DITIMPA NASIB YANG MALANG SEPERTI MEREKA YANG SUDAH SEMAKIN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANAH PUSAKA WARISAN KELUARGA SAMADA DENGAN RELA ATAU PAKSA.

Read more...

Sunday, January 11, 2009

ISLAM sebagai agama rasmi

Bercakap mengenai Perlembagaan Malaysia, perkara pertama berkaitan dengan kenegaraan. Perkara ke dua berkaitan jumlah negeri-negeri yang berada di Malaysia iaitu terdiri dari 14 buah negeri. Dan yang ke tiga iaitu pernyataan bahawa agama rasmi Malaysia adalah agama ISLAM.

Jadi penulis menyentuh berkenaan perlembagaan yang ke tiga, iaitu berkaitan agama rasmi negara Malaysia adalah agama ISLAM. Jadi bila menyentuh agama, penganut selain yang beragama ISLAM secara tidak langsung menghormati negara berperlembagaan, kerana perlembagaan yang ke tiga tadi. Dan agama-agama selain ISLAM boleh mengamalkan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Di sini perlu difahami bahawa, maksud daripada mengamalkan bukan bererti menyebarkan atau mendesak kumpulan atau individu tertentu berkaitan pengamalan dalam beragama. Contohnya isu pembinaan patung matszu di Kudat, Sabah sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perlembagaan yang ke tiga. Atas dasar perlembagaan yang ke tiga inilah, pihak mahkamah mengeluarkan arahan agar pembinaan patung tersebut dibatalkan. Bahkan pembinaan patung di Batu Caves pun sebenarnya telah melanggar perlembagaan yang ke tiga, apatah lagi dengan membuat kecaman terhadap penganut agama ISLAM.

Orang-orang yang mengecam terhadap agama Islam sebenarnya tidak faham dengan perlembagaan Malaysia. Bagaimana ingin mentadbir sesebuah negara atau negeri sedangkan pentadbir tersebut tidak faham perlembagaan di Malaysia. Menurut satu sumber yang boleh diketengahkan di sini, undang-undang berperlembagaan yang berada di negara kita Malaysia yang tercinta cukup cantik dan kemas. Cuma yang tidak faham tentang undang-undang sahaja yang memburukkan undang-undang berperlembagaan di Malaysia.

Penulis mendapat satu sumber berita bahawa pembinaan patung matszu yang telah pun dibatalkan dan dimusnahkan atas sebab arahan mahkamah bahkan desakan dari NGO-NGO ISLAM mahupun parti politik di Sabah, akan menuntut semula untuk pembinaannya kali ke dua di tempat yang sama terletak di daerah Kudat, Sabah. Bagi rakyat yang beragama ISLAM di negeri Sabah khasnya, diharapkan agar tetap memperjuangkan kedaulatan ISLAM supaya tidak tercemar dengan anasir-anasir yang dapat menggugat ketenteraman beragama. Ini adalah satu propaganda yang tidak sihat, setelah pihak tersebut gagal membina patung yang berunsurkan akidah dengan melihat kejayaan gereja terbesar di Asia Tenggara sedang dalam pembinaan.

Atas dasar kekuatan politiklah, Sabah tetap terbela dari anasir-anasir yang tidak diinginkan. Jika ingin dibuat perbandingan, semasa pemerintahan PBS (ketika menjadi pembangkang), banyak gereja-gereja di pantai pedalaman dibina, setiap satu kilometer terdapat gereja. Bahkan gereja yang terbesar di daerah Tawau tersergam begitu indah apatah lagi dengan cahaya lampu cross terang bercahaya apabila dipandang dari seberang laut. Apatah lagi jika dibinanya patung matszu yang di dalam perancangan mereka merupakan patung yang terbesar di Asia Tenggara. Akhirnya, apa yang ingin dibanggakan dengan negara Malaysia yang segala-galanya adalah yang terbesar, jika yang terbesar itu adalah yang tidak dapat kita banggakan sebagai panutan MUSLIM yang sejati.

Dan perlu diketahui bahawa agama ISLAM dari dahulu, kini dan selamanya tetap terbela atas jagaan ALLAH SWT. Cuma penganut Islam itu sendiri yang perlu menjaga, membela dan memperjuangkan kesucian ISLAM.

al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaihi.

Saturday, January 10, 2009

Boikot barangan tali barut Israel

Meskipun selama ini kita telah menggunakan senarai barang sepertimana barang yang berjenamakan logo di atas sebagai barang keperluan harian, maka sudah tiba masanya bagi kita umat Islam untuk tidak lagi menggunakan barang-barang yang berkiblatkan kepada pembangunan negara Israel serta menguatkan ekonomi kaum yahudi. Hakikatnya kita berada di mana alam dan ruang membuka begitu luas kepada banyak pelbagai pilihan kehidupan, khasnya dari segi barangan. Cuma atas rasa naluri hati insani sahaja yang mampu mengubah cara hidup. Bahkan banyak lagi inisiatif barangan buatan muslim yang berada di pasaran. Begitu juga dengan barangan elektronik, banyak lagi pilihan dari negara-negara seperti Korea dan Jepun (meskipun mereka kafir). Bagi penulis sendiri sebenarnya amat hobi dengan makanan yang bernama Meggi, namun atas dasar perikemanusiaan serta penganut agama Islam, penulis mampu ketepikan dengan memilih makanan yang lain.

Gambar di atas adalah hasil inovasi brokenthecode.blogspot.com

Read more...

Thursday, January 8, 2009

Aduan blog hina NABI

Alhamdulillah 'suara-suara kecil' Bloggers Pembela Negara berkaitan blog hina Nabi mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan. Ini merupakan sebahagian usaha yang murni demi membela agama Islam tidak dicemari. Apabila manusia semakin jauh dari hidayah serta hati yang sentiasa diselubungi syaithan, walau apa cara sekalipun manusia tersebut sentiasa mencari jalan agar agama fitrah Islam ini diburukkan. Namun, 'Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam' - mafhum al-Quran. Adalah salah satu jaminan ALLAH kepada umat Islam.

Lagi Aduan Blog Hina Nabi Diterima Jakim

KUALA LUMPUR, - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan menerima beberapa lagi aduan mengenai kewujudan laman blog yang menghina Islam dan Al-Quran. Seorang pegawai Bahagian Perhubungan Awam JAKIM ketika dihubungi berkata aduan orang ramai mengenai laman blog tersebut diterima sejak beberapa hari lepas melalui laman portal JAKIM. Bahagian Aduan JAKIM telah menghantar aduan tersebut ke Bahagian Penyelidikan untuk disiasat bagi memastikan sama ada blog yang menggunakan nama seorang wanita Melayu itu adalah benar-benar milik wanita berkenaan atau laman blog tersebut dibina oleh pihak lain dengan menggunakan nama wanita tersebut, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan. Bagaimanapun JAKIM enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pemilik laman blog berkenaan. Semalam, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Permai Hafiz Malek mendedahkan mengenai blog yang menghina Islam dan mengelirukan umat Islam itu telah wujud sejak minggu lalu. Blog tersebut dikatakan cuba memecahbelah dan memesong pendirian umat Islam melalui internet, katanya. Beliau berkata sehingga malam tadi seramai 1,700 orang telah melawat laman blog itu.-

Sumber BERNAMA

Read more...

Aduan Blog Hina ..

Monday, January 5, 2009

What happen?

Sebenarnya apa yang telah berlaku terhadap kedaulatan dan keamanan beragama di dunia khasnya di Malaysia?

Adakah ini merupakan taktik atau strategik puak zionisme al-yahudi laknat menurut protokolat ciptaan mereka agar memporak-perandakan keamanan kedaulatan beragama dan berbangsa? Atau adakah ini adalah hasil perubahan rekayarsa ciptaan politik di tanah air? Sehingga menuntutnya sebuah 'perjuangan beragama' selepas lapan bulan memerintah. Bila membaca, mendengar bahkan melihat rentetan satu demi satu gejala untuk menghina agama fitrah Islam, hati ini bagaikan dirobek sayu lantaran kobaran semangat untuk membela agama semakin membara.

Pada kesempatan ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan isi berita yang menghina kesucian agama ISLAM. Siapakah yang ingin dipersalahkan? Adakah sikap kita menyalahkan kepada yang dipersalah tanpa melakukan sesuatu bagi setiap diri individu itu sendiri.

KUALA LUMPUR: Cukup hina bagi umat Islam apabila pemain permainan komputer boleh menghidupkan karekter berasaskan manusia, tetapi menamakannya sebagai Allah, malah lebih
meluapkan perasaan marah apabila watak terbabit hanya berseluar dalam.
Mungkin kerana cetek pengetahuan agama menyebabkan segelintir remaja yang gemar melayari permainan komputer secara terus di Internet menjadikannya medan untuk mencaci serta menghina agama.
Mereka sepatutnya menguji kecekapan atau minda, bukannya memburuk-burukkan agama melalui permainan dalam talian berkenaan.
Berdasarkan pendedahan seorang ‘kaki’ permainan komputer, siasatan Harian Metro mendapati wujudnya pemain yang sengaja mempersendakan agama berikutan tiada tapisan mengenai sensitiviti agama atau kaum.
Pemain terbabit yang dikenali sebagai Hazdi berkata, hampir semua permainan di Internet yang pernah dicubanya tidak mempunyai tapisan membabitkan agama atau kaum.
Ini menyebabkan kebanyakan pemain yang didakwanya berusia belasan tahun itu sewenang-wenangnya mencerca dan menghina agama.
“Saya tidak faham dengan pembangun perisian ini. Jika dilihat daripada alamat pertubuhan yang menyediakan permainan terbabit, mereka beroperasi di negara ini, malah dipercayai berdaftar dengan MSC.
Bagaimanapun, mereka langsung tidak peka terhadap sensitiviti agama.
Dia yang sering berkunjung di kafe siber untuk bermain permainan komputer berkata, pembuat perisian sepatutnya membuat tapisan terhadap nama watak sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi menjaga sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini.
“Janganlah benarkan pemain sesuka hati menamakan watak yang dihidupkan bagi mengelak tindak balas daripada pihak tertentu,” katanya.
Kata Hazdi, ada permainan membabitkan beberapa pemain yang melayari permainan berkenaan di tempat lain.
Ketika berbual, pemain sengaja memaki-hamun kaum tertentu dan bercakap perkara lucah.

Dia seterusnya mengesan sesetengah pemain senior secara terus di Internet itu suka menjerat pemain baru untuk mendapatkan wang atau kad tambah nilai.

Read more...

Sunday, January 4, 2009

Boikot Barangan Israel/USA

Hasil Sidang ahli-ahli Bloggers Pembela Negara pada Ahad, 04 Januari 2009 ;-

Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1.Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger di Malaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2. Pengguna Islam digesa Boikot Barangan Yahudi/ USA . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya. (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionis maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA-MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.
Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber YDP Bloggers Pembela Negara ( BPN )

Link untuk barang-barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog-blog sahabat BPN semua.

Kenyataan Media Massa ;

Read more...

Nasihat Guru Kepada Blogger Penyokong

Assalamu’alaikum wr wbt dan salam sejahtera,
Kepada semua blogger UMNO dan pencinta UMNO,

Saya tidak tahu kepada siapa yang harus saya nyatakan perkara ini bagi berkongsi rasa resah saya tentang sikap blogger jenis ini yang mengakui sayangkan UMNO atau ahli UMNO tetapi menggunakan gaya penulisan yang pada saya kurang bijaksana, kurang strategik dan kurang taktikal.

Apatah lagi tulisan sebegini dihasilkan menjelang pilihan raya kecil yang begitu penting kepada Barisan Nasional dan UMNO itu sendiri. Sepatutnya dalam saat begini blogger UMNO atau yang mengaku mencintai UMNO menggunakan kebolehannya menulis dan blognya untuk membantu kemenangan calon BN/UMNO bukannya memberi kupasan yang boleh menyulitkan parti dan memberi laluan mudah pula kepada pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai modal atau isu untuk menyerang kta kembali.

Apa yang kita tuliskan tidak boleh dianggap remeh walaupun isu yang dibangkitkan bukan isu penting. Selagi ia bersangkutan dengan parti kita (UMNO/BN) ia adalah penting, termasuk cara-cara kita mempersembahkan dan memaparkan sesuatu isu di dalam blog kita.Kita tidak boleh mengandaikan delivery system itu hanya merujuk kepada kakitangan awam yang berurusan dengan rakyat sahaja, tetapi blogger juga mesti menggunakan kaedah penyampaian yang berkesan melalui blog mereka.

Ada blogger yang merasakan semua perkara yang berlaku dalam UMNO mesti dituliskan dan semua yang beliau fahami harus didedahkan di dalam blog. Beliau seolah-olah mahu memaksa pembaca/blogger lain bersetuju dengan pandangan peribadi beliau dan apa yang beliau faham tentang sesuatu.

Keberanian menulis tentang sesuatu perkara tidak akan menjadi suatu berita gembira kepada parti jika tidak disertakan dengan kebijaksanaan dalam memilih isu yang hendak dipapar kepada umum dan yang lebih penting lagi bagaimana sesuatu isu itu dipersembahkan.
Inilah peraturan tersembunyi yang perlu dipegang oleh seseorang blogger yang menjadi penyokong atau ahli parti. Anda tidak akan dapat mencari peraturan seperti ini kerana peraturan ini tidak pernah ditulis dalam mana-mana dokumen, tetapi inilah kebijaksanaan dan kematangan yang perlu ada pada seseorang blogger UMNO. .

Sikap kita untuk menjadi hero tiada maknanya jika tulisan kita akhirnya menyulitkan parti dan lebih buruk lagi jika parti dikalahkan hanya disebabkan tulisan kita itu. Saya tidak fikir dengan mendedahkan semuanya dalam blog dan memberitahu semua orang tentang apa sahaja yang sedang berlaku dalam parti kita, suatu sikap yang bertanggungjawab untuk membetulkan parti. Sedangkan menyimpan sebahagiannya adalah jauh lebih baik dan lebih berstretegik daripada mendedahkan semua yang kita ada.

Kadang-kadang yang hendak dibetulkan itu bukannya masalah besar dalam parti pun tetapi cuma berkisar pada perkara-perkara kecil yang berlaku pada seseorang dalam parti seperti perkara-perkara teknikal, cara bercakap, cara berhujah dan sebagainya.

Jika ingin membetulkan parti atau ahli parti melalui blog, penelitian dengan seluruh kebijaksanaan serta pertimbangan perlu dbuat supaya apa yang ditulis itu benar-benar sesuai untuk menjadi tatapan umum dan bukannya menjadi rahsia dan strategi parti.

Jika ada niat untuk membetulkan perkara-perkara strategi dan taktikal dalam parti atau seseorang calon dalam parti ketika menjelang pilihan raya kecil, blog tidak sesuai sama sekali sebab blog dibaca bukan sahaja oleh parti yang atau individu yang dimaksudkan, tetapi oleh ramai orang yang termasuk di dalamnya musuh-musuh parti.

Kadang-kadang perkara remeh yang kita tulis itu asalnya tidak ada apa-apa implikasinya kepada parti, namun apabila sudah menjadi tatapan umum, ia akan digunakan sebaik-baiknya secara meluas untuk membuktikan kelemahan kita.

Ini sebuah blog, bukan sebuah kelambu atau sebuah rumah. Ada isu-isu tertentu yang sesuai untuk diluahkan dalam kelambu dan rumah sahaja. Ada isu yang boleh dikemukakan di tempat yang tertutup sahaja. Ada isu yang hanya sesuai untuk dluahkan dalam kumpulan kecil. Dan ada isu yang boleh dibangkitkan dalam kumpulan yang lebih besar. Semuanya bergantung kepada

1) isu yang dibangkitkan,

2) tujuan ianya dibangkitkan,

3) kesesuaian masa dan tempat serta

4) implikasi buruk baiknya kepada organisasi.

Keghairahan menulis dalam blog yang tiada sesiapa yang akan menegur dan menapisnya jangan sampai melekakan kita sehingga kita gagal memasukkan unsur-unsur akal budi, kebijaksanaan dan kematangan di dalamnya. Rupa-rupanya menulis blog untuk kepentingan UMNO dan BN jauh lebih sukar dan memerlukan lebih daripada sekadar keberanian dan kebolehan dalam penulisan.

Semoga pembaca memahami siapa dan apa yang saya maksudkan, bukan sekadar yang tersurat tetapi yang tersirat juga.

Wassalam.

Tulisan asal ( Abd Bashid Bin Harun )

Read more...

Thursday, January 1, 2009

Harapan Baru Enver Abraham

Pusat Konvensyen Majlis Gereja Calvary

PKR,satu pertubahan pakatan yang ditubuhkan untuk membela rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia dan ia di tunjangi oleh mat Anwar yang aku tak tahulah kemaruk atau sakit apa yang dah merasuk kat dia. ( Sila baca di amzcampro )

Read more...

Pembentukan Negara Israel Raya

The Jewish Agency (MOSAD) reports that 16,000 immigrated to Israel in 2008, 3150 from North America and 500 immigrates arrive in the final week of the year despite rocket attacks in the south and a weak economy.

The number of new immigrates from NOrth America increased slightly this year from 3,074 in 2007 to 3,100 of them 2,7250 of the new immigrates from the USA and 400 from Canada.

Sebab itulah ketika bedilan Israel ke atas Gaza sebenarnya untuk memperluaskan lagi teritori negara Israel. Dan kita semestinya mengetahui bahawa agenda dan tujuan utama dari konspirasi USA-Zionisme-Israel adalah menempatkan yahudi-yahudi immigran ke Palestin dan mengusir penduduk Palestin dari kampung asal mereka ke negara-negara Arab sekitar Asia Barat dan Timur Tengah. Puak Zionis bercita-cita untuk membentuk "Eretz Israel" atau Israel raya, iaitu tanah yang dijanjikan di dalam kitab Talmud, meliputi wilayah Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, sampai ke Irak, atau wilayah yang sekarang membentang dari sungai Nil sampai sungai Eufrat. Ini merupakan suatu wilayah yang sangat strategik di dunia sepanjang jalur Mesopotamia. Selain itu, wilayah ini memiliki sumber minyak bumi yang paling besar di dunia.

Itulah maksud sebenar dari makna bendera Israel, yang bergaris biru di atas adalah dinisbahkan kepada sungai Euphrat (Iraq) dan yang bergaris biru di bawah dinisbahkan kepada sungai Nil (Mesir). ~ Pembentukan Kuasa Israel Raya ~

Agar agenda dan tujuan mereka dapat terealisasi, USA dan Israel melakukan konspirasi atau kerja sama, secara terang-terangan ataupun secara rahsia untuk mengembangkan apa yang mereka sebut sebagai strategi "pengepungan teritorial" ke atas negara Palestin mahupun ke serata negara Arab yang memiliki potensi untuk mengancam eksistensi Israel. Dalam masa yang sama, Israel bekerja keras untuk mengusir rakyat Palestin di wilayah Jerusalem Timur, Tepi Barat, dan Jalur Gaza agar keluar dari bumi Palestin menuju Gurun Sinai (Mesir) dan Jordan. Di sisi lain pula, konspirasi Zionis, Eropa, dan USA berjaya menciptakan kekacauan dalam sistem antarabangsa dengan diabaikannya resolusi PBB dan penolakan perang dari seluruh dunia ketika sekutu menginvasi dan menguasai Iraq.

Read more...

Menilai dengan akal WARAS..

Read more...
My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.