Saturday, May 23, 2009

Adakah PAS Parti Ulama?

Ulama adalah pewaris Nabi. Bukan semua 'alim adalah daripada pewaris Nabi, tetapi seluruh dari pewaris Nabi adalah 'alim.

Kalau memang benar, PAS adalah Parti Islam- maka nama perlulah diubah kepada Parti Islam Syumul (menyeluruh sekian alam). Tapi hakikatnya ia cuma berada di Malaysia Parti Islam Se-Malaysia.

Pada masa sekarang semua media bertumpu memberitakan mengenai kepimpinan Pas. Pertelingkahan dalaman yang berlaku dikatakan pertentangan di antara puak ‘ulama’, puak erdogan dan Islam liberal. Maka kepimpinan peringkat tertinggi Pas menjelaskan bahawa 2 jawatan utama perlu diisi oleh mereka bergelar ‘Ulama’.

Adakah betul bahawa Pas parti yang diteraju oleh golongan ulama? Ini menjadi tanda soal yang perlu difikir oleh rakyat dan umat Melayu Islam seluruhnya. Adakah sepanjang 50 tahun merdeka Pas benar-benar parti bertunggakkan ulama?? Melihat sejarah penubuhan Pas yang asal bukanlah bertunjang untuk menegakkan Syiar Islam. Ini lebih kepada perasaan kecewa segelintir orang Melayu yang tidak mendapat jawatan utama dalam kerajaan.

Adakah sifat-sifat Ulama seperti berikut:

1. Mengeluarkan fatwa halal haram mengikut selera parti nya sahaja, contoh: i. UMNO berkompromi dengan MCA & MIC hukumnya Haram Pas bersatu dengan Dap & Pkr (parti orang India) Halal. ii. Dibolehkan berkawan walaupun dengan Syaitan (Quran terang2 melarang manusia berkawan dengan Syaitan Iblis) iii. Islam melarang sesama Islam mendoakan kemusnahan kepada saudara seIslam tetapi jelas ‘ulama’

2 Pas sendiri mengimamkan mendoakan kebinasaan kepada saudara seIslam mereka. 2. Menganjurkan ceramah bukan untuk berdakwah tetapi memfitnah, menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada UMNO dan kerajaan, memaki hamun mufti-mufti apabila sesuatu isu tidak berpihak kepada Pas. Ada mufti diCOP sebagai Bapak Syaitan oleh penceramah Pas. Jika Para Mufti disanjung sebagai Ilmuan Islam yang Warak dan Arif malah bersifat BERKECUALI tidak dihormati, adakah Pas ini tergolong dalam kategori ULAMA?? Kepada RAKYAT MALAYSIA khasnya ORANG MELAYU berwaspadalah terhadap parti Pas ini. Janganlah kita terpedaya kononnya Pas memperjuangkan Islam hakikat sebenarnya

Pas juga parti yang lebih mengejar daki dunia. Ulama sebenar mengajar kita berlandaskan Al-Quran & Hadis yang tulen dengan jiwa tawaduk. Ajaran-ajaran mereka berkitab di masjid, surau dan tempat yang sering kita lihat bilangan jemaah tidak penuh. Ajaran ulama Pas pula boleh kita saksi di ceramah-ceramah terbuka. Bermula dengan Bismillah, tanpa kitab, ucapan melengking-lengking, tuduh orang itu, tuduh orang ini, caci orang itu, caci orang ini.

Akhirnya ditutup dengan Takbir. Janganlah kita kononnya mengikut parti ini untuk mendapat Syurga tetapi kesudahan direjam dalam Api Neraka.. Minta Dijauhkan oleh ALLAH

Read more...

Monday, May 4, 2009

Sebuah cerita..

Cerita Pertama

Peniaga Melayu Pulau Pinang dibodoh-bodohkan oleh puak DAP al-Komunisy. Ceritanya bahawa Majlis Perbandaran telah mengeluarkan surat kepada peniaga-peniaga Melayu untuk mengosongkan premis. Bahawa premis tersebut akan diambil alih oleh pihak Majlis Perbandaran. Yang keduanya, jika peniaga-peniaga terbabit tidak mengosongkan premis perniagaan maka akan berhadapan dengan hukum mahkamah. Di sinilah, puncak sebahagian Melayu dibodoh-bodohkan oleh DAP al-Komunisy, dan kepada siapa lagi peniaga-peniaga terbabit mengadu permasalahan yang dihadapi. Sehinggalah pada satu masa, seluruh peniaga-peniaga Melayu dikumpulkan dalam satu dewan yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pakatan Pembangkatan DAP al-Komunisy, yang kononnya Lim Guang Eng untuk mendengar serta menyelesaikan permasalahan yang dihadapi peniaga-peniaga terbabit. Dengan rasa mendabik-dada LGE DAP al-Komunisy, mengeluarkan satu kenyataan, 'Tuan-tuan jangan lasa susah ati, ini surat tidak ada apa-apa (dengan mengoyakkan surat dihadapan peniaga-peniaga Melayu), jadi.. Perkataan yang keluar dari mulut peniaga-peniaga Melayu tersebut, " Beginilah jiwa pemimpin yang kita harapkan " .. Hakikatnya ini adalah sebahagian permainan politik LGE DAP al-Komunisy kepada peniaga-peniaga Melayu.

Cerita Kedua
Bila diperhatikan, PAS PKR DAP alias Pakatan Rakyat (ops..) Pakatan Pembangkang, mereka bukannya membantu untuk memajukan negara Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan maju. Hakikatnya, mereka sibuk berpolitik yang akhirnya akan merugikan rakyat. Isu pertama; 2 bukit 1 batang telah pun selesai. Ini timbul pula, ada lagi pemimpin badut PKR melepaskan jawatan ADUN Penanti dan kemungkinan akan ada lagi dari kalangan DAP Selangor yang akan melepaskan jawatan. Rasa-rasanya, Malaysia akan dimasukkan dalam Top Record World..kenapa tidak? sebabnya dalam masa setahun dua ini, pilihanraya akan dijadikan 'hobi' puak Pakatan Pembangkang.
Cerita Ketiga
Sama-sama kita perhatikan apa yang akan berlaku situasi di Perak.(07 Mei 2009). Tunggu dan lihat...

Read more...

Saturday, May 2, 2009

Unit ASM: Cina sapu habis, India 53 juta, Melayu 7 juta...

Berbeza dengan kaum Cina, kesemua 999 juta unit-unit dana ASM yang diperuntukkan pada mereka dan mula dijual serta habis dilanggan sepenuhnya.

Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja yang berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.

Aku sedih juga melihat situasi ini...bukan saja fasal saham ni, banyak lagi peluang-peluang lain yang diberi kerajaan Melayu tidak ambil peluang.

Bangsa Cina yang mula-mula datang ke negara kita sehelai sepinggang, kini menjadi tuan kita. Bukan salah orang lain jika akhir-akhir ini kita lihat bangsa kita semakin dipijak..

Sudahlah Melayu tak bersatu, kesedaran untuk memajukan diri pun kurang. Kalau ada duit lebih, apa yg difikirkan kereta baru, hp baru dan buat benda-benda yang tak berfaedah.

Anak-anak tidak pernah diajar untuk menyimpan, sebaliknya diajar benda-benda yang tak berfaedah...ketika anak-anak bangsa lain sibuk belajar di rumah, di universiti, anak-anak Melayu diajar menentang kerajaan, berdemonstrasi. Inilah kesannya, generasi Melayu yang akan datang tak ada kualiti.

Ketika kita sibuk mempertikai tindakan kerajaan meliberalisasi 27 sektor, peluang yang ada depan mata kita buat tak tahu. Betullah kata-kata sesuatu itu hanya akan nampak bernilai setelah kita kehilangannya.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Fikirkanlah wahai Melayu...

p/s : Apa nak jadi pun.. jadilah..

Read more...

NEGARA ISLAM PANDANGAN PAS DAN UMNO

Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam?

PAS KATA:

Malaysia bukan sebuah negara Islam walaupun 10 negara lain dalam OIC mengatakan Malaysia sebuah negara Islam. Ia mungkin "negara umat Islam" tetapi bukan "negara Islam." Perdana Menteri Malaysia sendiri pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan hukum Islam tidak sesuai di negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Tetapi baru-baru ini UMNO ada mengatakan bahawa Malaysia adalah "negara Islam." Apa yang anihnya MCA, MIC, dan DAP tidak melenting dengan pengumuman tersebut tetapi melenting apabila PAS menyatakan tentang "negara Islam." Ini menunjukkan seolah-olah ada "negara Islam ala-UMNO" dan "negara Islam al-PAS" sebagaimana UMNO pernah mendakwa cadangan hukum hudud yang dikemukakan di Kelantan adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Penilaian samada sesebuah negara itu negara Islam atau tidak bukan berdasarkan institusi Islam yang dibina tetapi jauh lebih dari itu. Ah Choo dan Ramalingam yang memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping songket tidak semestinya Muslim.

UMNO JAWAPAN:

Kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri mengenai Malaysia Negara Islam adalah suatu yang bijaksana dan sangat besar ertinya yang insya Allah mampu mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Sesungguhnya pernyataan Malaysia Negara Islam bukanlah suatu slogan kosong dan tidak juga suatu sandiwara yang diada-adakan, malah ianya suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh, malah tidak patut dinafikan lagi.

Kenyataan itu sebenarnya adalah suatu PENJELASAN, bukannya pengisytiharan. Ini penting difahami dengan tepat kerana pada masa ini terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kenyataan itu sebagai suatu perisytiharan sehingga ada yang terperanjat, takut dan kecewa. Sebenarnya hakikat Malaysia sebagai negara Islam tidak perlu diisytiharkan lagi kerana tarafnya sebagai negara Islam telah terlaksana sejak perisytiharan kemerdekaannya dahulu lagi.

Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukti Malaysia Negara Islam boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut:

1.) Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia: Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapatdilihat seperti berikut:

i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

2) Pandangan Ulama Mu’tabar:

Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya. Hal ini seperti Muhammad bin Hasan as-Syaibani, Muhammad Abu Zuhrah, al-Butiy dan lain-lain lagi.

3) Pengiktirafan dunia:

i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.

ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

4) Pelaksanaan Pentadbiran Negara:

i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

5) Muzakarah Fatwa:

i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM

ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam: Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil,bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.

Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawma. Kerajaan juga bertanggungjawgara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa mempastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.

Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.

Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.

Read more...

NEGARA ISLAM PANDANGAN PAS DAN UMNO 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Islam?

PAS kata:

"Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama.

UMNO JAWAP

Istilah Negara Islam “al-Dawlah Islamiyyah” atau “al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, “Caliphate and the Great Immate”

(1). Sungguhpun begitu dalam Qur’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala’if


(2) dan juga istilah imam

(3) yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam

(4) Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa

(5) perkataan hukum

(6) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur’an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat

(7) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang

(8) istilah kaum

(9) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura

(10) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah

(11) dan jamaah

(12) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.
Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari’at atau perlaksanaannya.
Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, iyyah.al-siyasah al-shar’ Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara.
Pandangan Ulama Mu’tabar:


i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.


ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.

iii. Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya: Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan : “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”
Syaikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: “Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”
Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”
Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.
Penilaian terhadap sesebuah negara yang dikatakan SEKULAR dibuat berasaskan undang-undang ciptaan manusia (ahli perundangan moden), tetapi yang paling penting di sini ialah PENILAIAN berasaskan hukum FIQH ISLAM. Islam tidak mengenal pembahagian negara kepada NEGARA SEKULAR dan NEGARA AGAMA seperti yang difahami oleh ahli undang-undang Barat. Di dalam Islam negara terbahagi kepada 3

1) Negara Islam (Darul Islam)

2) Negara Kafir yang berperang dengan Islam (Darul Harb)

3) Negara Kafir yang tidak memerangi Islam (Darul Ahd)
Mempertikai status negara Malaysia bermakna meletakkannya dalam satu daripada dua jenis negara orang kafir yang dinyatakan di atas. Selain itu ia merupakan satu kesalahan dari sudut islam sendiri, kerana ia bererti bahawa umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara, sedangkan sesebuah negara Islam itu-seperti yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad Abu Zuhrah “WAJIB DIPERTAHANKAN OLEH SETIAP MUSLIM”
Tentang konsep SEKULAR dalam sosiologi membawa pengertian pemisahan agama dalam pentadbiran secara MUTLAK. Maka dalam konteks Malaysia, pemisahan agama dengan pentadbiran agama itu tidak berlaku secara Mutlak malahan tidak dipisahkan dengan unsur-unsur agama Islam itu sendiri.
Di Malaysia kita tidak menjadi seperti Asy-Syeikh Ali Abdul Raziq, seorang ulama al-Azhar dan Hakim Mahkamah Syariah Mesir ketika itu,dalam bukunya, al-Islam wa usul al-Hukm (Islam dan Prinsip-prinsip Pemerintahan)yang diterbitkan pada tahun 1925, iaitu setahun setelah runtuhnya sistem khalifah di Turki dibawah Bapa Sekularisme, Mustafa Kamal Atarturk.
Kedudukan beliau sebagai “ulama” al-Azhar yang amat prestiguos itu, telah menggemparkan negara Mesir dan Dunia Islam seluruhnya melalui fatwanya bahawa pemerintah mesti dipisahkan daripada agama Islam. Di antara pendapat beliau yang bertentangan dengan faham Islam itu termasuklah:-

1) Tugas Rasulullah saw sebagai wasilah syariah, bukan pelaksana
2) Syariah Islamiah terbatas kepada persoalan kerohanian semata-mata
3) Sistem pemerintahan semasa Nabi Muhammad saw adalah kabur dan tidak jelas.
4) Menafikan Ijmak para sahabat mengenai sistem khalifah
5) Sistem Khalifa’ al-Rasyidin tidak bersifat keagamaan, yakni semata-mata diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
6) Soal pemerintahan negara tidak boleh dicampur-adukkan dengan agama Islam.

Read more...

Monday, April 13, 2009

Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran

PERJUANGAN SEBUAH BANGSA

PERJUANGAN SEBUAH BANGSA
" DULU KINI DAN SELAMANYA

Jika rakyat pada hakikatnya mahu kebenaran, maka kita perlu berikan dan carikan kebenaran dan memaklumkan. Jika kita tidak dapat kebenaran yang mutlak sekurang-kurangnya kita berusaha mencari kebenaran yang terdekat. Atau adakah semua kebenaran perlu diketahui? Atau haruskah kita memilih kebenaran yang hendak disampaikan. Adakah ini masanya untuk rakyat sendiri mengetahui segala-galanya untuk membuat keputusan yang tepat? Adakah apabila kita mampu berdepan dengan kenyataan sedemikian mengenai sejarah negara kita, maka kita akan lebih lagi berjaya mencari jalan penyelesaian yang lebih realistik bagi menjamin masa depan kita?

Penghijrahan telah mewujudkan polariti kependudukan di Tanah Melayu yang turut digalakkan oleh pemakaian dasar pecah dan perintah pihak British. Orang Cina bekerja di lombong-lombong bijih di samping kedai-kedai runcit, orang India bekerja di ladang-ladang getah manakala orang Melayu dipinggirkan di kampung-kampung dalam kedaifan. Di kalangan orang Melayu hanya golongan bangsawan dan raja-raja sahaja yang diberikan keistimewaan mendapat beberapa peruntukan seperti peluang pendidikan dan pentadbiran. Itulah yang mencorakkan ciri-ciri polariti penduduk Tanah Melayu ketika sebelum perang dunia kedua.

Sesuatu yang perlu kita fahami atau pertekankan ialah kenapa sejarah itu teramat kritikal untuk kita titik beratkan pada hari ini.

Proses memperoleh kemerdekaan banyak menampakkan kematangan orang-orang Melayu, Cina dan India kerana boleh duduk semeja dengan perwakilan British untuk menyakinkan mereka bahawa kita orang Melayu, Cina dan India boleh mencapai kesepakatan untuk berkompromi demi kemerdekaan bersama. Kompromi ini berbentuk kontrak sosial yang menyaksikan orang Melayu perlu memberi izin kerakyatan kepada sejuta orang Cina dan India yang ada ketika itu. Sebaliknya orang Cina dan India berjanji untuk bersetuju bahawa rakyat Melayu mesti diberikan keistimewaan dalam hal-hal berkaitan pendidikan, perdagangan, tanah rezab, raja-raja, agama Islam dan pentadbiran dalam dalam kerajaan. Itulah aspirasi seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari ini, akhirnya orang Melayu itu sendiri saling bercakaran antara satu dengan yang lain. Krisis dalaman terhadap diri Melayu itu sendiri. Jika kita menoleh kepada sejarah penubuhan FA' ALIF SIN, kalau bukan dikeranakan penubuhnya tidak puas hati mendapat tempat dalam FA' KAF MIM BA' RA', begitu juga dengan penubuhan FA' KAF RA'. Hakikatnya FA' ALIF SIN dan FA' KAF RA' adalah jelmaan dari kilang FA' KAF MIM BA' RA'.

Jadi akhirnya sampai bila akan sesat?? ADAKAH ANDA SEORANG PEJUANG MELAYU ISLAM? ATAU SEKADAR MENJADI PAK TURUT ?? SILA HURAIKAN PENGERTIAN YANG DIBAWAKAN OLEH LAMBANG (FA' KAF MIM BA' RA'). BUKTIKAN BAHAWA DIRI ANDA DI ATAS LANDASAN PERJUANGAN YANG ASAL.

Akhirnya diri orang Melayu itu sendiri yang musnah, ibarat 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Read more...

Sunday, February 22, 2009

Kenapa Melayu semakin tidak beradab terhadap bangsa Sendiri?

Jelas dan terang lagi bersuluh, isu di Perak merupakan satu-satunya isu untuk membuka mata rakyat, siapakah sebenarnya Pakatan Rakyat. Saban hari, keadaan dan masa sahaja yang menentukan Pakatan Rakyat akan bertukar kepada Pakatan Rapuh.
Banyak berita yang disiarkan samada melalui media arus perdana mahupun media cetak, ada perkara berita di Perak 'disembunyikan' demi untuk menjaga imej 'orang Melayu' itu sendiri. Hakikatnya, isu di Perak ada 'orang Melayu' yang sanggup meludah kepada Sultan bahkan dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'babi'. Bila diteliti dan dikaji, ternyata 'orang Melayu' itu sendiri adalah dari golongan ahli-ahli yang membangkang termasuk dalam golongan PAS dan PKR. Sejahat-jahat Karpal Singh dia cuma mampu menyaman Sultan tidak lebih dari itu. Tapi jika dibandingkan dengan 'orang Melayu', sanggup dan lebih rela meludah (sebagai tanda penghinaan dan rasa keji - ujud takabbur diri dalam jiwa) serta sanggup mensama-ratakan Sultan dengan binatang B**I.
Sebenarnya inilah sikap yang ditanam kepada ahli-ahli pembangkang PAS dan PKR. Begitu juga dengan segelintir pelajar-pelajar di Timur Tengah serta pelajar-pelajar di UK khasnya pendokong Parti Ajaran Sesat, sanggup mensama-ratakan sesama pelajar yang bukan dari pendokong Parti Ajaran Sesat dengan *AB* dan *NJ**G.
Yang kedua, bila BN kalah di 5 buah negeri selepas pilihanraya umum ke 12, BN dengan sikap demokratik dengan prinsip sistem berperlembagaan redha dengan keputusan yang ada. Namun bila dilihat Perak diambil alih semula oleh BN, Pakatan Rakyat tidak dapat menerima keputusan yang ada bahkan dengan bersikap krisis perlembagaan dan krisis gila kuasa sanggup mengetepikan adab dan adat serta Rukun Negara. Inilah fahaman-fahaman yang ditanam oleh puak Pakatan Rakyat. Seperti isu Arumugam yang mengishtiharkan keluar dari jawatan exco Kerajaan Negeri Kedah, banyak berita-berita dari arus perdana bahkan berita dari pihak Parti Ajaran Sesat HARAKAH, dengan mengatakan bahawa Arumugam dipaksa oleh BN dengan tawaran 5 juta untuk lompat ke BN?!! (Entah !! dari mana wartawan dapat ini berita).
Hakikatnya, Arumugam mempunyai ramai gundik-gundik (biasalah puak ni mana reti halal haram - main kebas je), sehingga pada satu masa, Arumugam menghadiri majlis rasmi bersama Tuanku Sultan Kedah. Dan perkara 'wanita' Arumugam ini diketahui oleh Tuanku. Tuanku Sultan Kedah menegur Arumugam atas sebab membawa 'wanita' ke majlis rasmi tersebut (kalau ya pun, bawalah isteri yang halal tu). Bila diketahui oleh Tuanku Sultan dan bahkan orang ramai sudah mula menghidu akan bau busuk imej Arumugam, maka untuk menjaga Pakatan Rakyat, dia dengan sendiri meletakkan jawatan. Namun perlu diketahui, menurut penulis sendiri, Arumugam tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah Penaja yang menyuruh Arumugam berbuat demikian, kononnya untuk menjaga prestasi Pakatan Rapuh.
Rakyat sekarang tidak lagi memandang kepada pembangunan tandas, jalanraya, koridor-koridor dan sebagainya. Namun yang dijadikan ukuran rakyat di sini adalah bersifat komunikasi hati ke hati di antara wakil rakyat dengan rakyat itu sendiri. Khususnya kepada wakil-wakil rakyat BN, tolonglah pergi ke majlis-majlis kenduri, kematian dan perkahwinan orang-orang kampung dan begitu juga di saat kelahiran di harap isteri wakil rakyat tolong menziarahi. Ini merupakan pendekatan yang wajar dan harus dilakukan oleh setiap wakil rakyat, kerana dalam masa yang sama pembangunan tetap dilaksanakan demi menjamin kehidupan kesenangan rakyat.
Yang ketiga, dalam masa terdekat kemungkinan akan diadakan tiga Pilihan Raya Kecil ; Kepada pimpinan-pimpinan BN Khasnya, jadikan Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebagai batu ukuran untuk PRK kali ini agar berjaya menang. Kembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Akhirnya, siapa lagi yang akan menyedarkan 'orang Melayu' kalau bukan Orang Melayu itu sendiri yang tolong sedarkan. Bak kata Tun Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa.

Read more...
My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.