Saturday, May 2, 2009

NEGARA ISLAM PANDANGAN PAS DAN UMNO 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Islam?

PAS kata:

"Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama.

UMNO JAWAP

Istilah Negara Islam “al-Dawlah Islamiyyah” atau “al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, “Caliphate and the Great Immate”

(1). Sungguhpun begitu dalam Qur’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala’if


(2) dan juga istilah imam

(3) yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam

(4) Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa

(5) perkataan hukum

(6) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur’an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat

(7) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang

(8) istilah kaum

(9) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura

(10) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah

(11) dan jamaah

(12) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.
Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari’at atau perlaksanaannya.
Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, iyyah.al-siyasah al-shar’ Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara.
Pandangan Ulama Mu’tabar:


i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.


ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.

iii. Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya: Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan : “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”
Syaikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: “Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”
Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”
Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.
Penilaian terhadap sesebuah negara yang dikatakan SEKULAR dibuat berasaskan undang-undang ciptaan manusia (ahli perundangan moden), tetapi yang paling penting di sini ialah PENILAIAN berasaskan hukum FIQH ISLAM. Islam tidak mengenal pembahagian negara kepada NEGARA SEKULAR dan NEGARA AGAMA seperti yang difahami oleh ahli undang-undang Barat. Di dalam Islam negara terbahagi kepada 3

1) Negara Islam (Darul Islam)

2) Negara Kafir yang berperang dengan Islam (Darul Harb)

3) Negara Kafir yang tidak memerangi Islam (Darul Ahd)
Mempertikai status negara Malaysia bermakna meletakkannya dalam satu daripada dua jenis negara orang kafir yang dinyatakan di atas. Selain itu ia merupakan satu kesalahan dari sudut islam sendiri, kerana ia bererti bahawa umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara, sedangkan sesebuah negara Islam itu-seperti yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad Abu Zuhrah “WAJIB DIPERTAHANKAN OLEH SETIAP MUSLIM”
Tentang konsep SEKULAR dalam sosiologi membawa pengertian pemisahan agama dalam pentadbiran secara MUTLAK. Maka dalam konteks Malaysia, pemisahan agama dengan pentadbiran agama itu tidak berlaku secara Mutlak malahan tidak dipisahkan dengan unsur-unsur agama Islam itu sendiri.
Di Malaysia kita tidak menjadi seperti Asy-Syeikh Ali Abdul Raziq, seorang ulama al-Azhar dan Hakim Mahkamah Syariah Mesir ketika itu,dalam bukunya, al-Islam wa usul al-Hukm (Islam dan Prinsip-prinsip Pemerintahan)yang diterbitkan pada tahun 1925, iaitu setahun setelah runtuhnya sistem khalifah di Turki dibawah Bapa Sekularisme, Mustafa Kamal Atarturk.
Kedudukan beliau sebagai “ulama” al-Azhar yang amat prestiguos itu, telah menggemparkan negara Mesir dan Dunia Islam seluruhnya melalui fatwanya bahawa pemerintah mesti dipisahkan daripada agama Islam. Di antara pendapat beliau yang bertentangan dengan faham Islam itu termasuklah:-

1) Tugas Rasulullah saw sebagai wasilah syariah, bukan pelaksana
2) Syariah Islamiah terbatas kepada persoalan kerohanian semata-mata
3) Sistem pemerintahan semasa Nabi Muhammad saw adalah kabur dan tidak jelas.
4) Menafikan Ijmak para sahabat mengenai sistem khalifah
5) Sistem Khalifa’ al-Rasyidin tidak bersifat keagamaan, yakni semata-mata diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
6) Soal pemerintahan negara tidak boleh dicampur-adukkan dengan agama Islam.

0 comments:

My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.