Sunday, January 11, 2009

ISLAM sebagai agama rasmi

Bercakap mengenai Perlembagaan Malaysia, perkara pertama berkaitan dengan kenegaraan. Perkara ke dua berkaitan jumlah negeri-negeri yang berada di Malaysia iaitu terdiri dari 14 buah negeri. Dan yang ke tiga iaitu pernyataan bahawa agama rasmi Malaysia adalah agama ISLAM.

Jadi penulis menyentuh berkenaan perlembagaan yang ke tiga, iaitu berkaitan agama rasmi negara Malaysia adalah agama ISLAM. Jadi bila menyentuh agama, penganut selain yang beragama ISLAM secara tidak langsung menghormati negara berperlembagaan, kerana perlembagaan yang ke tiga tadi. Dan agama-agama selain ISLAM boleh mengamalkan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Di sini perlu difahami bahawa, maksud daripada mengamalkan bukan bererti menyebarkan atau mendesak kumpulan atau individu tertentu berkaitan pengamalan dalam beragama. Contohnya isu pembinaan patung matszu di Kudat, Sabah sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perlembagaan yang ke tiga. Atas dasar perlembagaan yang ke tiga inilah, pihak mahkamah mengeluarkan arahan agar pembinaan patung tersebut dibatalkan. Bahkan pembinaan patung di Batu Caves pun sebenarnya telah melanggar perlembagaan yang ke tiga, apatah lagi dengan membuat kecaman terhadap penganut agama ISLAM.

Orang-orang yang mengecam terhadap agama Islam sebenarnya tidak faham dengan perlembagaan Malaysia. Bagaimana ingin mentadbir sesebuah negara atau negeri sedangkan pentadbir tersebut tidak faham perlembagaan di Malaysia. Menurut satu sumber yang boleh diketengahkan di sini, undang-undang berperlembagaan yang berada di negara kita Malaysia yang tercinta cukup cantik dan kemas. Cuma yang tidak faham tentang undang-undang sahaja yang memburukkan undang-undang berperlembagaan di Malaysia.

Penulis mendapat satu sumber berita bahawa pembinaan patung matszu yang telah pun dibatalkan dan dimusnahkan atas sebab arahan mahkamah bahkan desakan dari NGO-NGO ISLAM mahupun parti politik di Sabah, akan menuntut semula untuk pembinaannya kali ke dua di tempat yang sama terletak di daerah Kudat, Sabah. Bagi rakyat yang beragama ISLAM di negeri Sabah khasnya, diharapkan agar tetap memperjuangkan kedaulatan ISLAM supaya tidak tercemar dengan anasir-anasir yang dapat menggugat ketenteraman beragama. Ini adalah satu propaganda yang tidak sihat, setelah pihak tersebut gagal membina patung yang berunsurkan akidah dengan melihat kejayaan gereja terbesar di Asia Tenggara sedang dalam pembinaan.

Atas dasar kekuatan politiklah, Sabah tetap terbela dari anasir-anasir yang tidak diinginkan. Jika ingin dibuat perbandingan, semasa pemerintahan PBS (ketika menjadi pembangkang), banyak gereja-gereja di pantai pedalaman dibina, setiap satu kilometer terdapat gereja. Bahkan gereja yang terbesar di daerah Tawau tersergam begitu indah apatah lagi dengan cahaya lampu cross terang bercahaya apabila dipandang dari seberang laut. Apatah lagi jika dibinanya patung matszu yang di dalam perancangan mereka merupakan patung yang terbesar di Asia Tenggara. Akhirnya, apa yang ingin dibanggakan dengan negara Malaysia yang segala-galanya adalah yang terbesar, jika yang terbesar itu adalah yang tidak dapat kita banggakan sebagai panutan MUSLIM yang sejati.

Dan perlu diketahui bahawa agama ISLAM dari dahulu, kini dan selamanya tetap terbela atas jagaan ALLAH SWT. Cuma penganut Islam itu sendiri yang perlu menjaga, membela dan memperjuangkan kesucian ISLAM.

al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaihi.

0 comments:

My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.