Monday, January 5, 2009

What happen?

Sebenarnya apa yang telah berlaku terhadap kedaulatan dan keamanan beragama di dunia khasnya di Malaysia?

Adakah ini merupakan taktik atau strategik puak zionisme al-yahudi laknat menurut protokolat ciptaan mereka agar memporak-perandakan keamanan kedaulatan beragama dan berbangsa? Atau adakah ini adalah hasil perubahan rekayarsa ciptaan politik di tanah air? Sehingga menuntutnya sebuah 'perjuangan beragama' selepas lapan bulan memerintah. Bila membaca, mendengar bahkan melihat rentetan satu demi satu gejala untuk menghina agama fitrah Islam, hati ini bagaikan dirobek sayu lantaran kobaran semangat untuk membela agama semakin membara.


Pada kesempatan ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan isi berita yang menghina kesucian agama ISLAM. Siapakah yang ingin dipersalahkan? Adakah sikap kita menyalahkan kepada yang dipersalah tanpa melakukan sesuatu bagi setiap diri individu itu sendiri.


KUALA LUMPUR: Cukup hina bagi umat Islam apabila pemain permainan komputer boleh menghidupkan karekter berasaskan manusia, tetapi menamakannya sebagai Allah, malah lebih
meluapkan perasaan marah apabila watak terbabit hanya berseluar dalam.
Mungkin kerana cetek pengetahuan agama menyebabkan segelintir remaja yang gemar melayari permainan komputer secara terus di Internet menjadikannya medan untuk mencaci serta menghina agama.
Mereka sepatutnya menguji kecekapan atau minda, bukannya memburuk-burukkan agama melalui permainan dalam talian berkenaan.
Berdasarkan pendedahan seorang ‘kaki’ permainan komputer, siasatan Harian Metro mendapati wujudnya pemain yang sengaja mempersendakan agama berikutan tiada tapisan mengenai sensitiviti agama atau kaum.
Pemain terbabit yang dikenali sebagai Hazdi berkata, hampir semua permainan di Internet yang pernah dicubanya tidak mempunyai tapisan membabitkan agama atau kaum.
Ini menyebabkan kebanyakan pemain yang didakwanya berusia belasan tahun itu sewenang-wenangnya mencerca dan menghina agama.
“Saya tidak faham dengan pembangun perisian ini. Jika dilihat daripada alamat pertubuhan yang menyediakan permainan terbabit, mereka beroperasi di negara ini, malah dipercayai berdaftar dengan MSC.
Bagaimanapun, mereka langsung tidak peka terhadap sensitiviti agama.
Dia yang sering berkunjung di kafe siber untuk bermain permainan komputer berkata, pembuat perisian sepatutnya membuat tapisan terhadap nama watak sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi menjaga sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini.
“Janganlah benarkan pemain sesuka hati menamakan watak yang dihidupkan bagi mengelak tindak balas daripada pihak tertentu,” katanya.
Kata Hazdi, ada permainan membabitkan beberapa pemain yang melayari permainan berkenaan di tempat lain.
Ketika berbual, pemain sengaja memaki-hamun kaum tertentu dan bercakap perkara lucah.

Dia seterusnya mengesan sesetengah pemain senior secara terus di Internet itu suka menjerat pemain baru untuk mendapatkan wang atau kad tambah nilai.

0 comments:

My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.