Thursday, January 22, 2009

Misi Bantuan Gaza


Penulis berkesempatan bersama rombongan misi bantuan Gaza dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Pada hari ini, sebenarnya penulis diberikan peluang untuk mengikuti rombongan ke Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Gaza, Palestin. Namun atas beberapa sebab, penulis tidak dapat menyertai misi bantuan tersebut sehingga ke Gaza.


Pada hari Rabu semalam, penulis pergi ke Hospital Palestin yang terletak di Heliopolis sekitar bandar Kaherah, Mesir bersama rombongan GPM. Di sini penulis sempat menziarahi beberapa pesakit yang berasal dari Gaza di bawa khas ke Kaherah, Mesir akibat serangan tentera laknat Zionis Israel. Ada di antara pesakit yang kakinya kudung akibat bom roket. Ada sebahagiannya terkena serpihan peluru. Ada di antara pesakit yang sungguh menyayat hati, kanak-kanak berumur 14 tahun yang terkena tembakan peluru yang mengandungi bahan kimia. Penulis dimaklumkan dari pihak hospital, ada di antara bahan kimia merbahaya digunakan oleh tentera laknat Zionis Israel (Fosfores adalah salahsatu dari bahan-bahan kimia yang digunakan). Bagi sesiapa yang terkena peluru/bahan kimia ini, maka aliran darah yang keluar dari tubuh badan pesakit tidak diketahui dari mana arah keluarnya darah. Bahkan bahan ini boleh membakar secara senyap di dalam tubuh badan melalui aliran darah.


Penulis sempat menziarahi pesakit yang terkena bahan kimia ini, dalam keadaan yang menyayat hati, di mana keadaan pesakit ; kedua belah kaki dalam keadaan kudung, jari terputus akibat serpihan roket jet, dalam masa yang sama pesakit tersebut sentiasa berpeluh. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang doktor (rombongan GPM), pesakit ini berpeluh di akibatkan kuman dan bahan kimia yang merebak di dalam badan pesakit.


Majoriti yang terlantar di hospital tersebut adalah dari kalangan orang awam. Mereka bukanlah dari golongan tentera yang memiliki senjata untuk membalas serangan tentera laknat zionis yahudi. Ada cerita yang dapat dikongsikan bersama, iaitu kekejaman tentera laknat zionis ; dengan menembak mati salah seorang budak perempuan (lebih kurang 16 tahun) yang dibiarkan mati di tengah-tengah jalan. Kemudian abang kepada budak perempuan tersebut tidak mampu menahan simpati melihat adiknya yang terlentang mati, maka si abang dengan sedaya upaya mengangkat jenazah adiknya tetapi sniper laknat zionis menembak si abang dari jauh. Dalam jangka lima hari jenazah tersebut terlantar sehingga anjing-anjing memakan jenazah tersebut, maka si sepupu pun tidak dapat menahan simpati lantas mengikuti jejak langkah si abang untuk mengangkat jenazah dengan harapan dapat mengalihkan ke tempat lain untuk dikuburkan, namun sniper laknat zionis tetap melakukan perkara yang sama.


Inilah kekejaman laknat zionis. Betapa sengsaranya mereka jika pembaca diberikan peluang untuk melihat bencana yang menimpa mereka. Kita amat bersyukur dengan nikmat keamanan serta kedamaian di Malaysia. Janganlah kita kufur nikmat. Bayangkanlah jika kita sendiri yang alami bencana tersebut. Tolonglah doakan saudara seiman seakidah kita di bumi Palestin. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah dengan memboikot barangan-barangan tali barut laknat zionis yahudi.

0 comments:

My Popularity (by popuri.us)
READERS (MONDAY, 22 DIS 2008)

free counters
Add to Technorati Favorites

  ©Template by Dicas Blogger.